Dalam laporan Ketua Audit Negara 2016, kerajaan Negeri P. Pinang mencatat keuntungan RM89 juta walaupun kos pengurusannya tinggi.
Antara sumber keuntungannya adalah daripada menjual tanah kerajaan negeri dan juga menyenaraikan bayaran RM187.6 juta daripada Penang Development Corporation, derma RM11 juta daripada Penang Hill Corporation dan pemindahan wang RM28.7juta daripada Jabatan Kewangan Negeri.
Jika tidak kerana tindakan ini, P. Pinang akan mengalami kerugian RM139 juta pada 2016.
Licik bukan?
Tapi sebenarnya pada tahun yang sama, kerajaan negeri telah memberi pinjaman mudah RM609juta pada PDC. Oleh kerana “pinjaman” tidak perlu diletakkan dibawah kategori perbelanjaan pengurusan, maka ianya tidak dimasukkan ke dalam “balance sheet”.
Ini bermakna, kerajaan negeri beri pinjaman pada PDC yang kemudiannya memberi balik wang itu pula kepada kerajaan negeri dan kemudiannya dikategorikan sebagai “keuntungan”.
Wow! Inilah yang dikatakan helah perakaunan “round tripping”. Siapa kata Ketua Menteri P Pinang Lim Guan Eng bodoh?
Tapi “kecerdikan” ini membawa padah kerana kedudukan baki wang tunai PDC yang dahulunya dalam beratus juta makin berkurang setiap tahun. Sekarang PDC hanya mempunyai RM5.8juta tunai dan RM35juta deposit tetap.
#PakatanproDAP #TolakPakatanPRU14
No comments:
Post a Comment