AdSense

Friday, November 17, 2017

Fakta dan realiti ini tidak boleh ditepis Pakatan Pro DAP


Orang muda semakin ramai di Malaysia. Ini menjadikan mereka sebagai golongan penentu masa depan negara. Maka itu tidak hairanlah senario politik hari ini banyak memainkan sentimen emosi mengikut jiwa anak muda yang gemar memberontak.


Penyebaran berita sensasi sering menjadi fokus buat kumpulan anti kerajaan Barisan Nasional. Mereka sedar bahawa orang muda mudah untuk diperdaya kerana golongan ini kurang didedahkan dengan sejarah. Tambahan pula sejarah adalah sesuatu yang membosankan!

Namun mahu tidak mahu, orang muda perlu didedahkan dengan sejarah. Tanpa sejarah, mana mungkin wujudnya apa wujud hari ini.

Menyentuh tentang sejarah UMNO, ia adalah satu parti keramat yang lahir daripada roh perjuangan sebenar demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam jelajah dan siri dialognya banyak kali mengatakan bahawa hanya ada dua sahaja parti memiliki DNA. Iaitu UMNO menerusi Perikatan (kini Barisan Nasional) dan DAP. Lain-lain parti-parti yang wujud hanyalah parti serpihan. Parti yang memperjuangkan kepentingan pihak tertentu.

Ketika siaran langsung Soal Jawab di TV3 baru-baru ini, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan bahawa UMNO bukanlah parti yang lahir daripada pergaduhan.

Ini adalah satu fakta yang tiada siapa dapat sangkal. Lihat PKR, PPBM, PAN dan PAS. Semua parti ini adalah serpihan UMNO. Ia wujud kerana pergaduhan. Si polan dan si polan hendakkan kuasa. Ia juga digelar sebagai kumpulan kecewa.

Parti PAN pula adalah serpihan PAS. Cita-cita Mat Sabu ingin menjadi Presiden PAS gagal apabila ditolak ahli parti. Maka itu PAN ditubuhkan bagi meletakkan beliau menjawat jawatan Presiden. Ia kemudiannya menjalankan kerja-kerja untuk tuan DAP. Tuan yang sama mengetuai PKR dan PPBM.

Melihat kepada big bos Pakatan Harapan, apakah benar ia sebuah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi? Adakah DAP ini parti untuk semua kaum?

"Sejak DAP wujud, beritahu saya berapa orang pemimpin Melayu dilahirkan? Saya semak sejarah, hanya ada 10 orang. Kata parti untuk semua kaum?" ujar Annuar.

Realiti hari ini, masyarakat Malaysia dapat melihat bagaimana berjayanya DAP mengawal Pakatan Harapan sehingga dilabel Pakatan Pro DAP.

Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor misalnya, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terpaksa tunduk terhadap tuannya apabila menyekat akhbar Melayu daripada kerajaan negeri. Biarpun memakai baju PKR, Azmin tidak mampu untuk melawan kehendak DAP. Beliau hanya berani menyekat akhbar Melayu berbanding menyekat penganjuran pesta arak di negeri itu.

Untuk makluman, akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian adalah antara ahbar yang banyak memperjuangkan kemerdekaan negara bahkan antara media yang membantu Selangor menjadi sebuah negeri maju.

Majunya negeri Selangor adalah daripada hasil usaha pemerintahan Barisan Nasional suatu masa dahulu. Lagi fakta, UMNO memimpin lain-lain parti komponen dalam Barisan Nasional. Sejak dahulu (Perikatan), tiada masalah antara parti-parti komponen. Jika ada sekalipun ia diselesaikan dengan baik.

Berbeza dengan gabungan parti pembangkang yang cuba meniru konsep Barisan Nasional. Dulu Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Ianya dikuasai oleh DAP.

Walaupun tidak di atas kertas, tetapi bersandarkan kerusi yang dimenangi, DAPlah yang paling berkuasa.

Lihat isu RUU355, pesta arak, kalimah Allah dan isu yang berkaitan Islam. Pemimpin Melayu Islam dalam pakatan tidak berani mengeluarkan kenyataan yang menongkah arus DAP. Mereka terpaksa ikut telunjuk DAP!

Pemimpin dalam Pakatan Harapan tiada pilihan lain selain menjadikan DAP sebagai talian hayat mereka.

Di Selangor, jika penduduknya rela untuk menjadikan DAP sebagai tuan, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Begitu juga dengan lain-lain negeri. Tapi satu saja diingatkan... Jangan pula marah sekiranya isu-isu yang melibatkan Agama, Bangsa dan Tanahair tergadai sedikit demi sedikit.

Nota tambahan :
Tiada negara dalam dunia yang menjadi bertambah baik selepas bertukar kerajaan.

No comments:

Post a Comment