AdSense

Monday, October 16, 2017

#TearsForRohingya : Malaysia kutuk Myanmar depan-depan di Rusia


Isu penghapusan etnik di Myanmar bukanlah isu keagamaan semata-mata tetapi merupakan isu hak asasi manusia yang harus mendapat perhatian serius masyarakat di seluruh dunia.


Sedia maklum, Malaysia adalah negara yang terawal dan lantang mengecam penindasan yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.


Kalau kita perhatikan, banyak ucapan pemimpin dalam negara yang mengutuk keganasan tersebut. Termasuklah himpunan yang turut dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Bukan seperti Himpunan Kleptokrasi yang dianjurkan untuk nafsu peribadi pemimpin Pakatan Pro DAP sebaliknya himpunan ini bertujuan membela manusia yang ditindas secara nyata.

Ketika ini, seramai 8 orang Ahli Parlimen Malaysia termasuk 2 Senator berada di Rusia untuk menghadiri Persidangan Kesatuan Parlimen Antarabangsa kali ke 137 di St. Petersburg, Rusia.


Selaku Ketua Delegasi Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ada menyuarakan suara Malaysia berhubung isu penghapusan etnik Rohingya sekaligus menegaskan bahawa hak asasi manusia adalah sesuatu yang harus dibangkitkan.

Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA juga mendesak supaya persidangan agung tahunan IPU ini memandang serius berhubung perkara tersebut seterusnya menyelesaikannya dengan baik.

Kalau ikut teori pembangkang pro cauvinis, Ka Siong boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa. Iyalah, buat apa sibuk-sibuk memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya yang beragama Islam?

Tapi ini adalah Malaysia. Pemimpinnya matang dan berilmu. Seperti yang penulis katakan dari awal, isu di Myanmar bukanlah isu agama semata-mata tetapi ianya adalah hak asasi manusia.


Sebagai sebuah negara yang demokratik dan disanjungi, pandangan atau suara Malaysia sering mendapat tempat dalam kalangan pemimpin negara antarabangsa.

Kerana itu, Malaysia mengambil peluang ini untuk membawa apa jua isu yang sesuai termasuk penghapusan etnik Rohingya. Inilah kehebatan dan kekuatan Malaysia.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Malaysia sedia membina hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkam etnik Rohingya di Bangladesh.

Hospital itu akan dibina dalam tempoh sebulan sebaik mendapat kelulusan kerajaan Bangladesh. Pembinaan yang akan dilakukan oleh kor perubatan angkatan tentera dan Kementerian Kesihatan itu turut akan menyediakan sebanyak 50 buah katil.

Apa yang pasti, kebaikan dan keprihatinan Malaysia ini pasti akan dibalas dengan doa kesyukuran masyarakat seluruh dunia khususnya mereka yang tertindas - etnik Rohingya. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan berjaya.

THIS IS MALAYSIA
THIS IS NEGARAKU
THIS IS BARISAN NASIONAL

No comments:

Post a Comment