AdSense

Friday, October 13, 2017

PKR gagal di Selayang, MCA sedia berkhidmat untuk masyarakat


Kerap sangat tak ada air di kawasan Selayang. Kata negeri berkebajikan? Tapi isu mudah seperti ini pun gagal diatasi dengan baik.

Kalau cakap soal air di Selangor, mungkin ada yang menganggap ia isu nasional. Kononnya kerajaan persekutuan sengaja mensabotaj dan menjadikan ia sebagai isu politik.

Bagi masyarakat waras, ini bukan isu politik tetapi bukti kegagalan kerajaan negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.


Dulu semasa kempen PRU13, bukan main janji itu ini, kononnya akan menyelesaikan masalah air. Tapi hari ini, mandat yang diberi pun semakin hampir berakhir. Dah nak masuk 5 tahun tapi masalah air masih lagi tidak selesai.

Sementara masalah denggi masih menjadi igauan ngeri rakyat di negeri ini apabila terus menjuarai sebagai negeri yang mempunyai kes paling tinggi di Malaysia.

Sebanyak 43,807 kes demam denggi dilaporkan berlaku di seluruh negara sejak Januari hingga 10 Jun 2016 dengan purata peningkatan 300 hingga 400 kes pada setiap minggu. 50 peratus daripada jumlah berkenaan berlaku di Selangor iaitu 23,576 kes!

Untuk makluman, penulis sebenarnya mengikuti kes denggi ini sejak 2013 lagi. Penulis pernah menemubual beberapa penduduk termasuk yang menetap di Selayang. Nyata kes denggi merisaukan mereka.

Kempen yang dijalankan oleh parti politik Pakatan Rakyat ketika itu banyak menjanjikan kononnya mahu menyelesaikan isu tersebut. Namun seperti yang ramai maklum, bukan saja janji berkaitan masalah denggi tetapi banyak lagi janji yang ditabur semasa kempen PRU13 gagal ditunaikan kerajaan negeri.

Adakah rakyat Selangor hendak ditipu lagi?

Cukuplah PKR yang dikuasai DAP memerintah Selangor. Bukan saja gagal mentadbir dengan baik malah masalah dalam pakatan pun masih tidak selesai.

Pakatan ini sedang berpecah belah, bercakaran sesama sendiri dan langsung tidak ada persepakatan serasi.

PAS sudah memutuskan kerjasama dengan DAP dan PKR. Namun PAS masih berada dalam kerajaan negeri. Hanya Selangor saja yang masih menggunakan nama Pakatan Rakyat. Sedangkan di peringkat nasional, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Apa yang ada ialah Pakatan Harapan.

Mereka masih lagi bergaduh sesama sendiri.

Hinggakan salah seorang pemimpin kanan PKR membuat keputusan meletak jawatan sebagai Biro Politik PKR kerana tidak bersetuju PKR berunding dengan PAS.


Beliau yang dimaksudkan ialah Ahli Parlimen Selayang (PKR) William Leong Jee Keen.

Barangkali kerana sibuk berpolitk dan mengejar kuasa, menyebabkan kebajikan rakyat terus diabaikan. Masalah-masalah rakyat dipandang sebelah mata. Masa yang sepatutnya diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat dibazirkan begitu saja... Hinggalah ke saat ini, PRU14 semakin hampir.

Adakah mandat yang diberikan oleh rakyat hanya untuk menonton pergaduhan dan perebutan kuasa pemimpin politik?

Berbeza dengan pemimpin dan parti Barisan Nasional. Dalam kepala mereka hanyalah mahu membela dan memperjuangkan hak rakyat.

Ada saja isu rakyat, pemimpin BN lah yang kehadapan menyelesaikannya. Misalnya MCA, pemimpin parti ini sejak sekian lama turun padang mendengar permasalahan rakyat.

Dialog Bersama Pemimpin NGO Komuniti Cina umpamanya, sudah menjadi program wajib anjuran Ibu Pejabat MCA.

Sekitar April lalu, penganjur bersama MCA Bahagian Selayang ada mengadakan program tersebut bersama komuniti Cina Selayang.

Ternyata, masyarakat Cina khususnya memerlukan perhatian MCA dalam membela nasib atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Berdasarkan kepada raut wajah mereka, jelas kelihatan rasa menyesal apabila memilih pemimpin yang salah sebelum ini.

Seperti yang pernah diperkatakan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai,  sokongan masyarakat Cina terhadap MCA semakin meningkat berikutan parti itu komited dalam menyelasaikan masalah berkaitan kaum Cina.

"Sekiranya Barisan Nasional diberikan peluang untuk menduduki kerusi Parlimen Selayang dan Dun Rawang (pada pilihan raya umum akan datang), kita akan berjuang sebaiknya untuk pastikan kesejahteraan para penduduk terjamin. Ini adalah manifesto kami,"

(Petikan ketika beliau menghadiri program Dialog Bersama Pemimpin NGO Komuniti Cina di Selayang pada 30 April 2017).

Apa yang pasti, manifesto parti BN adalah sesuatu yang benar. Ia pasti akan ditunaikan. Bukannya janji palsu seperti yang dilakukan Pakatan.

No comments:

Post a Comment