AdSense

Sunday, October 22, 2017

Pemimpin DAP hasut MCA jadi seperti mereka - anti Islam, politik kebencian


Rasis dan anti Islam. Pemimpin DAP benar-benar mengikut ideologi cauvinis, komunisme. Kalau dulu mungkin ia dilakukan secara sorok-sorok. Tapi sejak kebelakangan ini, barangkali merasakan sokongan semakin berkurangan maka pemimpin DAP bersuara secara lantang bagi menarik perhatian, khususnya masyarakat bukan Islam.


Kali ini, Ahli Parlimen Seputeh, Terresa Kok tampil kedepan bagi menonjolkan diri - konon-konon heroin Taiwan. Laporan portal berita Free Malaysia Today melaporkan, Terresa Kok mempersoalkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung kerjasama UMNO-PAS.

Kononnya kerjasama UMNO-PAS ini sebagai bukti bahawa negara menuju negara Islam. Terresa Kok cuba menggambarkan hak kaum-kaum lain di Malaysia akan diketepikan.

Ini adalah cara Terresa Kok meraih populariti murahan. Apa dia fikir rakyat Malaysia bodoh tidak tahu menilai kebenaran dan realiti?


Malaysia sudah merdeka lebih satu separuh abad. Adakah kita lihat semua gereja, tokong, kuil seluruh negara dirobohkan? Adakah kilang memproses arak dimusnahkan? Melainkan pesta arak secara terbuka memang tidak dibenarkan kerana mengundang unsur keganasan.

Malaysia sebagai negara Islam. Apakah Terresa Kok tidak pergi sekolah? Tidak belajar dan mengetahui bahawa sememangnya agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Namun Terresa Kok mungkin sengaja membuang ayat penuh sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu AGAMA-AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN.

Terresa Kok sebenarnya mencerminkan wajah sebenar DAP iaitu mempromosikan politik kebencian, perkauman dan lebih dahsyat anti Islam.

Sebab itu beliau menyentuh tentang RUU355. Sudah berbuih diberitahu bahawa RUU ini adalah HANYA UNTUK ORANG ISLAM. Ianya adalah bertujuan memperkukuhkan akta sedia ada. Jadi kenapa Terresa Kok dan DAP masih lagi bermain dengan isu ini yang sudahpun dibawa ke Dewan Rakyat?

Nampak sangat DAP sudah bankrap isu untuk menyerang Barisan Nasional khususnya MCA.

Cukup takut DAP pada MCA. Tambahan pula masyarakat Cina hari ini semakin ramai bersama-sama MCA. Sebuah parti yang membela kaum Cina jauh lebih baik berbanding DAP.

Tiada baiknya DAP. Sebuah parti yang dipimpin oleh diktator sejak 52 tahun lamanya. Parti yang tiada demokrasi - hanya dikuasai oleh Dinasti Lim. Parti yang kononnya anti rasuah tapi Setiausaha Agungnya terbabit dalam kes mahkamah. Pentadbiran di negeri yang dimenangi juga terpalit dengan pelbagai isu negatif seperti kilang haram di Sungai Lembu Pulau Pinang ARTIKEL KLIK DI SINI yang menyebabkan penyakit dan kematian.

Terbaharu, kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah semalam yang mengakibatkan tujuh orang maut dan empat lagi dipercayai tertimbus di bawah runtuhan. Kalau benar membela rakyat, kenapa berdegil menjalankan projek di lereng bukit? Bila sudah berlakunya tragedi, kenapa begitu mudah lepas tangan?


Benar, mati itu ketentuan Tuhan tetapi kalau penyebabnya adalah kerana tangan rakus manusia? Sama seperti pemandu kereta yang memandu melebihi had laju semata-mata mahu menunjukkan kelajuan kereta mewahnya. Andai terlibat dengan kes kemalangan, apakah jalanraya itu pula hendak dipersalahkan?

Bukannya tidak ada yang memberikan nasihat supaya tidak menjalankan projek di lereng bukit. Ahli DAP sendiri iaitu ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu juga pernah membangkitkan perkara ini. Barangkali Teh BUKAN AHLI KELUARGA DINASTI LIM sebab itu nasihatnya tidak dipedulikan.


Justeru itu, pemimpin DAP seluruhnya wajar bermuhasabah diri. Jangan terlalu asyik mencari kesalahan orang hinggakan tidak perasan kesilapan diri sendiri yang jauh lebih teruk. Sampai masa rakyat menolak cara politik dan cara pemerintahan pemimpin DAP yang jijik ini.

Kalau hendakkan masyarakat Cina terbela, pilihlah MCA. Ini adalah pilihan tepat demi masa depan rakyat.


No comments:

Post a Comment