Kagum! Siapa sangka, Malaysia hari ini berubah wajah menjadi lebih moden. Macam mimpi pula. Tapi ini adalah realitinya!
Terutamanya dalam pengangkutan awam. Malaysia sudah sama level dengan negara-negara maju seperti Jepun dan negara-negara barat.
'Wajah baru Malaysia' ini bukanlah semata-mata nak berlagak dengan negara-negara lain. Tapi apa yang paling utama, kerajaan mahu meningkatkan produktiviti dan taraf hidup rakyat Malaysia itu sendiri.
Inilah apa yang terkandung di dalam Agenda Transformasi Pengangkutan Awam Darat hasil inisiatif kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam tempoh jangkamasa panjang, rangkaian pengangkutan awam yang moden dan mampan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti persekitaran.
"Atas sebab inilah kita meletakkan transformasi pengangkutan awam sebagai agenda utama di bawah Program Transformasi Nasional (NTP)."
Demikian kata Najib pada 23 Oktober 2017 dalam majlis penutup Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017.
Untuk makluman, Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 telah berlangsung selama dua hari. Baca artikel sebelum ini.
Justeru bagi melaksanakan visi tersebut, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan pada 2010. Pada 2013 SPAD telah menghasilkan Pelan Utama TransformasiPengangkutan Awam Darat.
Hasil usaha keras sejak tujuh tahun lalu untuk memodenkan rangkaian rel, memperbaiki perkhidmatan bas dan mobiliti, negara kita telah mencapai banyak kejayaan dalam mempertingkatkan kesalinghubungan.
Ini bukan cakap kosong. Lihat saja penambahan jajaran LRT sejauh 35km yang siap sepenuhnya pada tahun 2016. Ia memberi manfaat kepada penduduk di kawasan padat - Bandar Kinrara, Puchong, Putra Heights, USJ dan Subang Jaya.
Seterusnya mencatatkan peningkatan penumpang harian yang menggembirakan bagi tempoh Januari - Ogos 2017
- Jajaran LRT Kelana Jaya : meningkat 26 peratus (271,250 penumpang)
- Jajaran LRT Ampang : meningkat 14 peratus (184,931 penumpang)
Begitu juga dengan projek LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Kelang, serta MRT2 yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sekaligus menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini akan menjadi lebih mampan.
Jajaran MRT 1 dari Sungai Buloh ke Kajang sudahpun mencatatkan jumlah penumpang harian seramai 101,024 dari Januari hingga Ogos. Dengan keupayaan membawa 400,000 penumpang sehari!
Menurut Najib yang juga dikenali dengan gelaran Bapa Transformasi berkata, pada ketika ini SPAD dan MRT Corp sedang menyiapkan kajian jajaran MRT 3, yang meliputi Bandar Malaysia, Mont Kiara, Sentul, Midvalley dan Setiawangsa.
"Kerajaan berhasrat mempercepatkan pembinaannya secara berperingkat-peringkat. Insya-Allah, dengan terlaksana semua ini, kita berada pada landasan yang tepat untuk menjadikan bandaraya ini lebih lestari," katanya.
Selain itu, Najib turut memberitahu bahawa Kerajaan Malaysia dan Singapura akan menandatangani perjanjian usahasama untuk projek JB-Woodlands Rapid Transit System (RTS) pada Disember ini.
Untuk makluman pembaca, projek sejauh empat kilometer itu yang dijangka siap pada 2024 akan menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Woodlands Utara di Singapura.
VIDEO UCAPAN PERDANA MENTERI :
No comments:
Post a Comment