AdSense

Saturday, October 21, 2017

Event menarik di KLCC esok - Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017


Esok bermulanya Simposium Pengangkutan Awam Darat bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tema simposium kali ini ialah "Reimagining Transportation:Sustainable Mobility".

Apa menariknya simposium anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kali ini?


Banyak aktiviti akan dijalankan termasuk hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000 yang menanti pengunjung!

Semalam, 20 Oktober 2017 dalam sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPAD, En Mohd Azharuddin Mat Sah telah mengadakan sidang media di ibupejabat SPAD di ibunegara.

Sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) SPAD yang baharu, Puan Qamar Wan Noor itu memberikan penerangan kepada pengamal media berhubung penganjuran simposium yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Jelas Mohd Azharuddin, transformasi rangkaian pengangkutan awam telah berjaya mengubah kemudahan infrastruktur negara kepada era baharu.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) misalnya, memberi tumpuan khusus kepada tiga cabang perkhidmatan iaitu rel, bas dan teksi.

Ternyata, transformasi yang dilakukan kerajaan ini berjaya memberikan impak besar terhadap pengangkutan awam negara secara keseluruhannya.

Perkhidmatan rel menjadi tulang belakang kepada pengangkutan awam manakala bas dan teksi pula sebagai pelengkap dan penghubung kepada akses pengangkutan.

Bagi orang ramai yang ingin mengetahui dan menyaksikan dengan lebih jelas tentang kejayaan transformasi ini, eloklah berkunjung ke Simposium Pengangkutan Awam Darat bermula esok hingga Isnin 23 Oktober 2017.

Untuk makluman pembaca, simposium ini turut dihadiri pembuat dasar, peserta industri dan pakar pengangkutan bagi membincangkan peranan Pengangkutan Awam Darat sebagai penggerak pembangunan sosio-ekonomi dan mobiliti seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Seramai 19 panel dan pakar daripada pelbagai negara yang akan berkongsi pengetahuan dan pemahaman mereka dalam industri pengangkutan awam.

Antara penceramah yang hadir pada simposium yang dijangka dihadiri 2,500 peserta itu ialah Presiden UITP - Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa; Masaki Ogata dan Pengerusi Hyperloop TT dari USA, Bibop G.Gresta.

Penceramah lain Brooks Entwistle (Uber Asia Pacific); Ngien Hoon Ping (Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura) dan Matthew Daus (Pengerusi Persatuan Operator Pengangkutan Antarabangsa).

Jadi, jom! turut serta bersama-sama kami. Bawa sekali keluarga dan rakan-rakan ke pameran menarik ini.

Pameran buka pada :

22 Oktober 2017 : 9 pagi hingga 8 malam
23 Oktober 2017: 9 pagi hingga 6 petang

Layari http://www.spad.gov.my/lpt-symposium-2017 untuk keterangan lebih lanjut.

Jumpa di sana!

#Simposium2017  #SPADSymposium2017 #SPAD #PengangkutanAwam #LandPublicTransport #Exhibition #Malaysia 

No comments:

Post a Comment