AdSense

Wednesday, October 11, 2017

Buat kerja untuk rakyat, bukan enjoy dan main lari-lari


Kumpulan anti Najib dan mereka yang suka melaga-lagakan Perdana Menteri Malaysia dengan kerabat istana (khususnya) Johor sekali lagi berputih mata.


Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memuatnaik dua keping gambar di laman Facebooknya membuatkan musuhnya panas punggung. Ditambah lagi dengan kepsyen pendek;

"Sekali-sekala bawa Range Rover. DYMM Tuanku Sultan Johor berkenan kurniakan kereta untuk kegunaan saya di sini. Merafak sembah dan terima kasih Tuanku."


Penulis tak berniat nak sakitkan hati kumpulan anti Najib dan mereka yang kecewa. Apa yang hendak penulis tekankan dalam artikel ini ialah mengenai Ekspo Johor Berkemajuan yang diadakan di Kota Iskandar sejak 6 Oktober dan akan berakhir pada 14 Oktober 2017.


  • Kemudahan pengangkutan awam Bas Rapid Transit (BRT).
  • Pelan Induk Kemahiran Johor.
  • Projek Program Perumahan Rakyat (PPR).
  • Dasar Kelestarian Johor.

Ini adalah 4 inisiatif pembangunan yang dilancarkan kerajaan negeri Johor sempena Ekspo Johor Berkemajuan pada 7 Oktober 2017. Inisiatif ini mendapat perhatian dan komitmen penuh daripada kerajaan pusat.

Mewakili kerajaan pusat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keempat-empat inisiatif itu bermanfaat serta bersifat prorakyat dan dilakukan demi memastikan kepentingan mahupun kesejahteraan sosial dimantapkan di Johor sebagai kuasa baru ekonomi negara.

Untuk makluman pembaca, BRT yang dibangunkan Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) mempunyai lorong laluan khas dan stesen ikonik di sepanjang jajarannya dalam Iskandar Malaysia.

Memetik ucapan Najib, fasa satu dijadualkan mula beroperasi pada 2021 dan secara keseluruhannya projek BRT menghubungkan 90 peratus laluan dalam Iskandar Malaysia yang meliputi 51 kilometer, 39 stesen dan tiga hab.

Selain itu, operasi BRT dan laluannya akan melalui 16 pusat beli-belah, 27 sekolah dan pusat pengajian tinggi serta lima hospital dan pusat perubatan.

Sementara Pelan Induk Kemahiran Johor pula menggariskan komitmen kerajaan negeri dalam mengangkat serta menambah baik pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di negeri ini.

Pelan induk ini menekankan beberapa strategi utama dalam membangunkan kemahiran menerusi pendekatan berkesan dan komprehensif.

Justeru itu, semua pihak berkepentingan boleh bekerjasama dan menyelaraskan seluruh tenaga dalam memenuhi permintaan tenaga mahir di Johor.

Manakala mengenai PPR pula, empat lagi projek dilaksanakan di negeri ini membabitkan pembinaan 1,830 unit dengan kos berjumlah RM360 juta sebagai kesinambungan kepada agenda perumahan Johor.

Satu projek terletak di Ulu Tiram membabitkan 700 unit rumah pangsa bernilai RM133 juta, manakala di Permas Jaya (400 unit) bernilai RM85.5 juta.

Dua lagi adalah PPR Masai bernilai RM60.9 juta membabitkan 330 unit, serta PPR Bandar Tenggara bernilai RM69.2 juta yang mempunyai 400 unit rumah kluster.

Kesemua projek PPR dilengkapi kemudahan awam seperti surau, kedai, dewan komuniti dan taska bagi keselesaan penghuninya.

Menurut Najib, Johor adalah negeri ketiga terbanyak menerima projek PPR membabitkan 8,278 unit disiapkan dengan keseluruhan kos mencecah RM575 juta sehingga 30 September lalu.

Akhir sekali, inisiatif membabitkan Dasar Kelestarian Johor dengan usaha membabitkan penggubalan dasar sebagai garis panduan dan komitmen kerajaan negeri.

Nampaknya, rakyat Johor terus mendapat manfaat yang baik bukan saja daripada kerajaan negeri tetapi juga kerajaan pusat.

Kata orang, negeri Johor ni dah hebat dah. Tapi ini tidak bermakna kerajaan pusat memandang Johor sebelah mata atau mengabaikannya.


Bukan seperti Ahli Parlimen Gelang Patah yang sering 'lari kawasan'. Barangkali gagal membawa sebarang perubahan, Ahli Parlimen terbabit yang juga dilabel pemimpin diktator 52 tahun itu berasa malu dan mulai sedar bahawa rakyat semakin muak dengan perangainya - Tak buat kerja untuk rakyat.

Menyentuh tentang kawasan Gelang Patah ini, MCA sudah lama perhatikan Kit Siang iaitu Ahli Parlimen di kawasan tersebut. MCA bukan saja sedar tetapi juga mendapat aduan daripada ramai pihak yang datang mengadu.

Tolonglah jaga (tadbir) kawasan Gelang Patah ini.


Sejak empat tahun lalu, MCA sudahpun merangka strategi dan bersiap sedia dengan pelbagai gerak kerja bagi tujuan merampas semula Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya ke 14 (PRU14) nanti.

Kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, MCA Bahagian Gelang Patah sentiasa bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi untuk mengembalikan semula kerusi Parlimen di kawasan berkenaan kepada Barisan Nasional (BN).

Tegas Wee Ka Siong, MCA sebenarnya tidak pernah berhenti bekerja dan menggembleng tenaga bersama-sama parti komponen BN dengan melakukan pelbagai gerak kerja dan strategi bagi merampas semula kerusi yang kini disandang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


"Biar siapa pun (calon pembangkang) yang akan bertanding di kawasan itu, MCA akan tetap lawan kerana kerusi Gelang Patah pernah dimenangi oleh wakil MCA sebelum ini dan kita yakin dapat merampas kembali kerusi tersebut."


No comments:

Post a Comment