AdSense

Thursday, October 12, 2017

Baru jejak kaki ke bandar, terus kena cekik!


Seposen pun tetap dikira salah. Inikan pula RM950!


Macam mana lah orang hendak percaya lagi kepada pemandu teksi kalau macam ini perangainya. Cekik darah!

Apa fikir warga asing, maka suka suki saja hendak 'menekan' mereka dengan cas tambang RM950 untuk perjalanan yang hanya jarak kurang 10kilometer!

Mujur mangsa tampil membuat laporan polis seterusnya membolehkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat mengambil tindakan susulan.

Untuk pembaca yang mungkin terlepas cerita ini, pada awal bulan baru-baru ini, dua lelaki warga Bangladesh diperas ugut oleh seorang pemandu teksi. Mangsa ketika itu menaiki teksi berkenaan untuk pergi ke Setapak, dari KL Sentral.

Pada mulanya pemandu teksi tersebut kata tambang RM50 setiap seorang. Di sini pun dah ada kesalahan iaitu tidak menggunakan meter.

Tapi bila sampai saja ke lokasi (Setapak), pemandu teksi ini meminta mangsa membayar tambang berjumlah RM950. Gila!

Selepas bertengkar, mangsa terpaksa akur dengan permintaan pemandu teksi tersebut. Tambahan pula mangsa ternampak senjata kayu dan besi dalam teksi tersebut. Bukan pemandu teksi sembarangan ni.... Biasa orang bawa senjata di dalam kereta bertujuan untuk mempertahankan diri, bukan untuk kepentingan diri!

Difahamkan, dua bangla ini baharu saja tiba dari Kuala Terengganu. Mana la berani nak melawan walaupun berdua. Mujur mereka ada akal apabila membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.

Pihak SPAD turut menerima laporan sama dan segera menjalankan operasi khas mengesan pemandu teksi tersebut.

Operasi yang bermula pada jam 10 malam ( 5 Oktober 2017) berjaya menahan pemandu teksi yang berusia 30an itu di ibukota.

Untuk makluman pembaca, teksi yang digunakan suspek turut disita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 22 dan Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2015.

SPAD dalam kenyataan media bertarikh 8 Oktober 2017 berkata, pemandu tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Manakala pengendali teksi yang terlibat sedang disiasat di bawah Seksyen 22 Akta tersebut, dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kenderaan boleh dilucutkan hak di bawah Seksyen 80 Akta tersebut.

Mudah-mudahan kisah seperti ini menjadi tauladan kepada semua khususnya pemandu teksi. Janganlah kerana nila setitik habis susu sebelanga. Carilah rezeki yang elok, bukannya dengan cara kekerasan seperti peras ugut. Bayangkan mangsa itu adalah adik, anak atau ahli keluarga kita. Mesti kita marah bukan! Sudahlah baru sampai dari kampung, penat tak hilang lagi, kena cekik pula...

Syabas buat pihak SPAD yang mengambil tindakan pantas, tanpa mengira siapa pengadu. Walaupun warga asing namun SPAD tidak berkrompomi dalam perkara ini tambahan pula ianya melibatkan pengguna pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment