AdSense

Thursday, September 28, 2017

Bisnes UBER rasuah - Pemimpin DAP bakal dihukum gen Y


Pihak kerajaan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedaya upaya memuaskan hati ramai pihak. Namun tidak semuanya berpuas hati. Paling penting, setiap keputusan kerajaan akan dibuat secara holistik dan menyeluruh.


Dalam kes e-hailing misalnya, mungkin ada tidak berpuas hati dengan kewujudan akta yang membolehkan perkhidmatan seperti Uber dan Grab beroperasi di Malaysia. Kononnya pemandu teksi akan mati ditelan zaman. Padahal SPAD sudahpun memandang perkara ini. Sebab itu pemandu teksi juga dibenarkan untuk menawarkan perhidmatan e-hailing.

Iyalah, pada zaman teknologi canggih ini, pengguna lebih sukakan perkhidmatan e-hailing. Lebih mudah dan cepat. Tempah dari dalam bilik tidur, kenderaan dah sampai baru keluar. Tak perlu tunggu tepi jalan. Lebih-lebih lagi bila hujan atau panas terik.

Pemandu teksi yang waras pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menawarkan perkhidmatan e-hailing - satu sistem yang maju dan sesuai pada zaman ini.

Namun, wujud beberapa pihak yang tidak berpuas hati. Ada saja cara mereka untuk menidakkan usaha kerajaan dan SPAD ke arah mentransformasikan pengangkutan awam di Malaysia.

Beberapa hari lalu, seorang pemimpin parti pembangkang (DAP) ada menulis di blog peribadinya. Beliau yang dimaksudkan ialah Liew Chin Tong. Kononnya mahu dilihat sebagai hero, beliau dilihat cuba menuduh wujud unsur rasuah dalam perniagaan e-hailing.

Menceduk laporan asing, Liew mengajak rakyat mempercayai bahawa pemandu teksi dizalimi dengan satu sistem rasuah. Kononnya kerajaan melobi syarikat e-hailing yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sedarkah Liew bahawa, sistem e-hailing ini sebenarnya merupakan permintaan orang ramai? Pengguna hari ini lebih gemarkan sistem yang canggih, moden dan mesra pengguna. Sudah lupa dengan kes pemandu teksi tak pakai meter? Teksi busuk, tidak diselenggara dengan baik dan lain-lain isu yang menyebabkan pengguna lebih cenderung menggunakan Uber /Grab?

Mungkin pemandu teksi sudah berubah. Hanya pemimpin seperti Liew saja yang masih dengan hati busuknya dan tidak mengemaskini kehendak rakyat secara menyeluruh.

Persepsi berbaur fitnah yang dilemparkan Liew terhadap kerajaan dan SPAD sudahpun dijawab sebenarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri menafikan sebarang salah laku yang melibatkan UBER dan Pusat Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dalam dakwaan rasuah. Selain itu beliau juga menafikan tiada elemen quid pro quo (permuafakatan) dalam isu berkenaan.

Penulis cukup yakin dan pasti, Liew tidak akan menerima penafian ini kerana Liew dan partinya hanya mahukan jawapan yang memuaskan hati mereka sahaja. Oh ya, Liew kena bersiap sedia untuk dihukum pada pilihanraya akan datang oleh para pengguna dan pemandu e-hailing kerana cuba menyekat kemudahan serta menutup periuk nasi mereka!


No comments:

Post a Comment