Ingat Barisan Nasional (BN), ingatlah ProRakyat atau Barisan pro Rakyat. Inilah pendekatan yang digunakan kerajaan Malaysia yang diperintah oleh BN hari ini. Jauh berbeza dengan cara puak pembangkang yang lebih dikenali dengan gelaran Pakatan Pro DAP. Apa saja keputusan parti-parti pembangkang di bawah payung Pakatan Harapan akan dikepalai oleh DAP. Ini bersandarkan kepada jumlah kekuatan parti itu di dalam parlimen mengatasi parti-parti lain - PKR dan PAN.
Sebenarnya, pendekatan Barisan pro Rakyat yang dipraktikkan BN hari ini berjaya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang. Lihat saja projek infrarakyat MRT Sungai Buloh - Kajang yang berupaya mengubah landskap ekonomi dan pembangunan sosial khususnya di kawasan Lembah Klang. Laluan sepanjang 51km tu.... Tak kisah pun siapa ADUN Kajang, tak kisah walaupun negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Harapan (masih Pakatan Rakyat sebenarnya). Tapi asal demi rakyat, kerajaan BN tetap melaksanakannya.
Begitu juga dengan peruntukkan kerajaan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini iaitu isu kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bantuan kepada peneroka FELDA.
"Kita percaya keprihatinan kerajaan ini merupakan tradisi membela rakyat yang sudah sekian lama menjadi amalan kerajaan BN. Kita sesungguhnya yakin, lebih banyak lagi pengumuman initiatif kerajaan BN akan diumumkan oleh Perdana Menteri kita dari semasa ke semasa selaras dengan konsep 'rakyat didahulukan'." - Ini kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan hari ini. Berdarah telinga puak pembangkang mendengarnya...
Tambah Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh ini, pendekatan Perdana Menteri yang pro rakyat ini benar-benar dan sememangnya meresahkan pakatan pembangkang yang berhempas pulas menyemai rasa benci pada kerajaan menerusi isu-isu yang mereka kitar semula berulang kali untuk mengaburi mata serta menakut-nakutkan rakyat.
Dalam masa sama, Annuar berharap seluruh jentera kerajaan supaya terus fokus kepada agenda membela dan menyatupadukan rakyat. Katanya, hanya perpaduan rakyat dan sikap istiqamah kepemimpinan dalam membela nasib masyarakat majmuk akan menjamin masa depan agama, bangsa dan tanah air.
Sekali lagi puak Pakatan pro DAP akan panas macam cacing kepanasan apabila mendengar atau membaca kenyataan ini. Bila pemimpin kerajaan bersatu padu, masyarakat pula solid menyokongnya, maka sudah pasti tiada ruang untuk puak Pakatan pro DAP memusnahkan kenikmatan yang dikecapi hari ini.
#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP
No comments:
Post a Comment