Melompat pemimpin pembangkang mencanang cerita Malaysia menggadai negara kepada China dalam isu projek mega kerajaan Barisan Nasional - Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).
Beberapa keping gambar disebarkan merata tempat dalam media sosial termasuk WhatsApp persendirian, group bahkan berlegar sekitar aplikasi WeChat - platform 'budak-budak cari jodoh'.
Kepsyen : Majlis pecah tanah tidak menggunakan bahasa Melayu, guna bahasa Cina, banner dan bunting ditulis dalam bahasa Cina. Tak ada bendera Malaysia.
Ia direka bagi menunjukkan kerajaan BN mengutamakan China, membangsatkan negara. Adakah benar?
Sebelum itu, mari kita semak dahulu mengenai projek mega ini.
Semalam 9 Ogos 2017, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hadir merasmikan majlis pecah tanah projek ECRL di Stesen Utama KotaSAS, Kuantan, Pahang.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Kaunselor Negara China Wan Yong, Timbalan Menteri Luar China Zhang Min, Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Pengerusi China Communications Construction Groups Ltd, Liu Qitao dan Pengarah Eksekutif KotaSAS Sdn Bhd Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim.
Dalam ucapan perasmian, Najib kata projek ini dijangka siap pada tahun 2024.
"Ini adalah projek berteraskan rakyat dan kita sasarkan 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030."
Untuk makluman, projek ECRL membabitkan laluan rel kereta api sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang, Selangor merentasi sebahagian Pahang, Terengganu hingga ke Tumpat, Kelantan.
Projek mega bernilai kira-kira RM55 bilion itu adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo yang berkemampuan memendekkan perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Gombak, Selangor hanya kira-kira lima jam.
Ia sekali gus berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi sehingga 1.5 peratus bagi negeri di Pantai Timur seterusnya menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Nampak, projek ini memberi manfaat yang cukup besar kepada rakyat dan ekonomi negara. Namun ia cuba diperlekeh dan disabotaj oleh puak pembangkang atau sinonim dengan gelaran Pakatan Pro DAP.
Mereka sedar bahawa projek seperti ECRL ini pasti membuatkan sokongan rakyat semakin bertambah kepada kerajaan persekutuan Barisan Nasional. Situasi ini begitu mencemaskan pembangkang seterusnya mencipta propaganda terhadap soal kedaulatan negara.
Menjawap soalan di atas, adakah benar kerajaan BN menjual negara?
Jawapannya tidak.
Hanya pemimpin dan pentaksub Pakatan Pro DAP saja yang mempercayainya. Ini kerana, gambar yang disebarkan oleh mereka sebenarnya satu majlis berasingan. Ia majlis awal semasa semua jurutera hadir meraikan kedatangan pengerusi mereka dan BUKANNYA ketika majlis perasmian yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Antara gambar sebaran pembangkang |
Bahasa yang digunakan pula sebenarnya diterjemahkan kepada Mandarin untuk pemimpin dan pelabur daripada China. Iya, ini acara antarabangsa. Apa yang lembab sangat pemimpin pembangkang termasuk NGO Perkasa yang ekstremis ni? Bagai katak di bawah tempurung - hanya berada dalam kalangan kumpulan mereka saja, tidak berkembang dan maju ke hadapan.
#TerimaFaktaTolakFitnah
No comments:
Post a Comment