Ya, majoriti penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu tetapi ia tidak bermakna kaum ini kuat. Lihat saja berapa banyak parti politik orang Melayu hari ini? UMNO, PAS, Keadilan, PAN dan PPBM. Apakah orang Melayu masih lagi hendak mendabik dada?
Kenapa, bagaimana orang Melayu ini boleh berpecah dengan mudah? Apa pula tujuan setiap parti orang Melayu ini ditubuhkan?
Sejarah tak boleh dipadam. UMNO merupakan satu parti keramat yang sudah lama ditubuhkan. PAS adalah parti serpihan UMNO. Ia ditubuhkan selepas pemimpinnya kalah dalam pemilihan dalam merebut jawatan tertinggi parti.
Keadilan dengan simbol mata satu pula tumbuh selepas Ketuanya disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada zaman pemerintahan Mahathir Mohamad. Sejak 1998, laungan Reformasi masih kedengaran bagi membela pemimpin mereka yang dipenjarakan atas kesalahan salahguna kuasa dan liwat.
"Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara."
Jika pembaca terdiri daripada golongan Gen Y dan tidak percaya tulisan ini, cuba sahkan dengan orang tua kalian mengenai kenyataan Mahathir bertarikh 22 September 1998 itu. Hendak lebih mudah, buat saja carian di dalam internet. Baik bahan bacaan, berita mahupun video. Pasti anda menjumpainya.
Beberapa tahun kemudian, PAN pula ditubuhkan selepas pemimpinnya kalah dalam pemilihan parti PAS. Seterusnya PPBM dicipta selepas anak kepada pemimpinnya tidak mendapat sokongan daripada ahli parti UMNO untuk menjadi pemimpin tertinggi.
Ya, pada asasnya kewujudan parti-parti ini adalah disebabkan oleh kerakusan nafsu pemimpin politik mengejar kuasa. Namun sebagai masyarakat bijak, kita jangan hanya melihat kepada isi tersurat sebaliknya meneliti juga apa dia isi tersirat. Sesuatu yang sukar dilihat daripada mata kasar.
Fikirkan, bagaimana satu-satu parti itu dapat ditubuhkan tanpa sokongan pihak ketiga? Ini termasuklah dengan sokongan kewangan dan 'main power'. Sudah tentu ada 'tangan' yang menghulurkan bantuan kepada parti-parti serpihan ini. Jangan lupa, bantuan yang diberikan ini sebenarnya bukanlah percuma. Ada bayaran yang perlu dijelaskan dan ianya mula terbongkar hari ini.
Otai politik seperti Tan Sri Annuar Musa sudah lama melihat isi tersirat 'game' politik pembangkang khususnya DAP. Kata Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO, DAP sebenarnya menyedari bahawa politik dalam pakatan pembangkang (PH) berpecah-belah.
Sebab itu kesemua parti yang didominasi orang Melayu dalam PH iaitu PKR, PAN dan PPBM digunakan DAP sebaik mungkin. DAP yang diketuai pemimpin diktator selama 51 tahun, Lim Kit Siang sudah lama perasan tahap kegilaan kuasa pemimpin Melayu dalam PH. Lantas itu pemimpin ketiga-tiga parti diletakkan di barisan atas dalam PH.
Siapakah pemimpin itu? Mahathir, Anwar dan isteri Wan Azizah. Ketiga-tiga pemimpin ini dikategorikan sebagai boneka oleh kebanyakkan politikus. Iyalah, umur Mahathir kini sudah hampir kepada 100 tahun, Anwar pula masih di dalam penjara manakala Wan Azizah pula pemimpin lemah dan layu. Mereka ini mudah untuk diatur dan terpaksa mengikut telunjuk DAP, tambahan pula DAP memiliki paling banyak kerusi Parlimen. DAP adalah kuasa sebenar di dalam PH.
Sementara pemimpin mereka tidak ditempatkan pada barisan atas dalam PH pula adalah satu strategi licik dan penuh dengan isi tersirat.
'Membunuh dengan pisau yang dipinjam'
'Mengepung Wei untuk selamatkan Zhao'
'Memperdaya langit untuk melewati samudera'
Barangkali ada yang tidak faham apakah maksud disebalik ayat di atas. Menjelaskannya, Annuar berkata ia merupakan antara strategi perang yang terkandung di dalam ‘The Art of War (Sun Tzu) yang sangat licik dan ianya benar-benar dihayati oleh DAP!
Ada agenda yang lebih besar daripada itu. Pemimpin DAP tidak perlu berada dalam senarai atau carta organisasi PH. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada orang Melayu atau Bumiputera. Sukar sekali jika pemimpin DAP diletakkan secara terang di dalam carta organisasi mereka.
Mereka tidak perlukan nama tertulis di atas kertas. Sebaliknya kuasa dibalik tabir itu lebih penting. Mereka lebih suka memegang 'remote' berbanding 'stereng'.
Masih lagi berharap pada PH atau nama yang lebih tepat, #PakatanProDAP ?
No comments:
Post a Comment