AdSense

Saturday, May 27, 2017

Pandangan Timbalan Presiden MCA terhadap isu judi


Bagaimana premis yang ada menjalankan perniagaan berunsur judi boleh mendapat lesen atas nama 'pusat hiburan keluarga', sedangkan ternyata ia (judi) berupaya mengundang kehancuran institusi kekeluargaan?


Ini yang cuba ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MCA turut menegaskan bahawa judi bukanlah budaya masyarakat Cina. Tanggapan yang mengatakan bahawa gejala judi hanya tertumpu kepada bangsa Cina sahaja adalah pandangan yang tidak tepat.

Sedia maklum bahawa aktiviti judi memberi lebih keburukan berbanding kebaikan.

Di Malaysia, slot mesin judi menjadi pilihan kebanyakan kaki judi selain atas talian. Ini kerana ia mudah didapati terutamanya di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Apa yang menyedihkan, ia dijalankan secara haram.

Justeru itu Wee Ka Siong turut mengharapkan supaya kemasukan mesin-mesin judi yang diimport dari luarnegara ini dapat dikawal.

Bukan kata menghentikan terus sebaliknya biarlah ia dijalankan secara sah di sisi undang-undang supaya ia dapat dikawal.

Lihat saja apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini. Ramai anggota keselamatan termasuk pegawai berpangkat tinggi berjaya ditangkap oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah dan melindungi pusat perjudian haram.

Awal bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM mendedahkan pihaknya mempunyai bukti wujud penguatkuasa melindungi sindiket judi dan pelacuran dengan bayaran RM1.2 juta sebulan.

Bahkan SPRM juga mempunyai maklumat terdapat 3 sindiket di ibu negara yang memperuntukkan RM5 juta sebulan kepada penguat kuasa untuk melindungi kegiatan haram mereka.

Ini yang dimaksudkan, judi bukan saja memberi kesan negatif kepada si pelaku dan ahli keluarganya tetapi juga masyarakat sekeliling secara keseluruhannya.

1 comment:

  1. Benar kah penguatkuasa PDRM akan bertindak ke atas aktiviti judi dan rumah urut haram ni. Mungkin semasa hangat hangat tahik ayam..tunggu lah dalam dua tiga bulan lagi..akan ada aktiviti sebegini...kerana pada pendapat saya penguatkuasa di malaysia umpama anjing yg dah biasa makan najis...kalau tak makan anjing tetap menghidu juga.

    ReplyDelete