AdSense

Friday, May 19, 2017

MCA - Parti Komunis China : Penjelasan ini dedah perkara sebenar


Pemimpin pembangkang mula merancakkan serangan terhadap MCA berpandukan satu tajuk iaitu Parti Komunis China (CPC). Mereka membayangkan, apabila menggunapakai elemen 'komunis' maka ia akan membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya orang Melayu seterusnya menjayakan misi memecah belahkan masyarakat.

Justeru itu, penulisan ini akan menyelami dengan terperinci tentang apa sebenarnya berlaku... Sebelum itu, mari kita semak semula apa kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan pemimpin pembangkang berhubung isu ini.


"Yang anehnya parti MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu. Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu." - Bekas Perdana Menteri 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad, 3 Mei 2017, blog Che Det.

Sementara kroni Mahathir, Datuk A Kadir Jasin sebelum ini juga banyak kali menggambarkan imej yang tidak tepat terhadap MCA. Beliau pada 20 November 2016 menulis dalam kolum di Sinar Harian cuba menggambarkan MCA sebagai agen menjual negara kepada China.

"Apabila saya membandingkan isi kandungan kenyataan media MCA pada 15 April lalu, berkaitan kerjasama MCA-CPC dengan hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini, barulah jelas betapa besarnya pengaruh MCA terhadap dasar kerajaan kita dalam perhubungan dengan China."

"Implikasi kerjasama parti ke parti di antara CPC dengan MCA tidak boleh dipandang remeh pada saat China sedang memperluaskan pengaruh diplomatik, ekonomi dan ketenteraannya ke seluruh dunia."

Nampak tak, bagaimana hasutan sedang digerakkan oleh kumpulan anti-kerajaan. Mereka boleh berkata apa sahaja tetapi biarlah berasas. Tidakkah mereka terfikir, rakan baiknya DAP sendiri mengakui bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang juga ada menjalin kerjasama dengan China. Kenapa tidak menuduh DAP menjual negara kepada China? Jelaslah bahawa pemimpin parti pembangkang tidak konsisten dengan kenyataan mereka sendiri.

Untuk makluman pembaca, isu ini semakin hangat diperkatakan pada saat Najib dan delegasi Malaysia berkunjung ke China dalam lawatan kerja. Mata pemimpin pembangkang tidak boleh melihat pemimpin BN membawa pulang kejayaan kepada negara. Sebab itu cerita tentang hubungan MCA -CPC dicanang dan diputar-belit dengan harapan menenggelamkan kisah kejayaan diplomasi Malaysia-China selama ini.

Tanpa sedar, pentaksub Mahathir, Kadir telahpun mengakui bahawa MCA berjaya memainkan peranannya dengan baik dalam usaha hubungan diplomasi Malaysia-China sekaligus memberi manfaat buat negara serta rakyat secara keseluruhannya.

Selain itu, dakwaan yang mengatakan bahawa MCA menjual negara adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Bagaimana pimpinan tertinggi MCA sebagai anak jati Malaysia tergamak berbuat demikian?

"Saya dan Datuk Seri Liow berasal dari kampung. Kami dilahirkan dan membesar di negara ini. Kata pepatah Melayu, 'di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung'. Kesetiaan kita hanya kepada Malaysia. Apa yang kita buat adalah untuk berbakti demi negara tercinta Malaysia."

Demikian luahan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika mengulas tentang persepsi dan fitnah acuan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga menegaskan bahawa MCA tidak pernah sesekali melupakan sejarah negara. Namun, hubungan diplomasi yang sedang berjalan ketika ini adalah bertujuan membawa kemakmuran kepada kedua-dua belah pihak.

Sejak hubungan diplomatik Malaysia-China dijalankan pada zaman Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, negara Malaysia kekal berdaulat. Taat setia pemimpin BN tetap dicurahkan kepada negara.

Dalam perkembangan sama, Wee Ka Siong juga mengharapkan agar pemimpin parti pembangkang tidak membuat andaian dan tuduhan tidak tepat terhadap kerajaan BN. Jelasnya, hasil hubungan diplomasi yang baik, China kini telah memutuskan untuk menambah pembelian minyak sawit dari Malaysia. Ia sekaligus memberi keuntungan kepada para peneroka. Jadi, kenapa pemimpin pembangkang begitu dengki dengan manfaat yang diterima rakyat?

Sebelum ini, kumpulan pembangkang yang anti-kerajaan menuduh Najib dan BN menggadai negara kepada Amerika Syarikat apabila pemimpin negara tersebut berkunjung ke Malaysia dalam lawatan kerja.

Begitu juga apabila negara menerima kunjungan Raja dari negara Arab Saudi. Ada saja tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan BN.

Puak pembangkang terpaksa melakukan apa saja cara sekalipun menfitnah semata-mata mahu menggagalkan usaha kerajaan BN yang bertungkus-lumus membangunkan negara seterusnya memberi manfaat buat rakyat. Cukup-cukuplah, hentikanlah politik kotor.

1 comment:

  1. Jawapan ko x de fakta yg kukuh yg boleh yakinkan aku ttng muslihat komunus tu..sedihnya..

    ReplyDelete