AdSense

Friday, May 5, 2017

Kenapa begitu penting menentang DAP?


Sebenarnya ramai yang sedia maklum apa yang ada di dalam satu parti dikenali dengan nama Democratic Action Parti (DAP) ini.Mereka kata DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebaliknya jika diperhatikan carta organisasinya, jelas menunjukkan DAP dikuasai oleh satu kaum sahaja iaitu Cina.


Ada bangsa lain tetapi hanya menduduki kerusi bawahan sahaja. Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam Ceramah Rakyat P.088 Temerloh pada 28 April baru-baru ini. Kata Annuar, sedari dahulu pendekatan yang digunakan oleh pemimpin diktator 51 tahun DAP iaitu Lim Kit Siang ialah berasaskan kepada sentimen perkauman.

Kenyataan ini selari dengan sejarah karier politik Kit Siang selama berkecimpung di dalam dunia politik lebih separuh abad. Lihat sahaja kerusi yang beliau masuk bertanding di dalam pilihan raya. Fakta yang jelas ialah Kit Siang hanya berani bertanding di dalam kawasan majoriti kaum Cina. Lebih teruk, beliau akan melompat dari satu ke satu kawasan bagi menyelamatkan karier politiknya.


Dalam masa sama Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh ini turut menyingkap semula sejarah politik Kit Siang. Dua tahun selepas Kit Siang menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka, tercetusnya tragedi hitam dalam negara, 13 Mei 1969. Rata-rata hadiran yang seusia Annuar menganggukkan kepala masing-masing seolah-olah memberi isyarat tanda setuju. Manakala hadiran dalam kalangan generasi muda pula dilihat mendengar dengan penuh fokus.

Annuar, menjelaskan kepada orang ramai bahawa pendirian parti pakatan pembangkang dengan Barisan Nasional adalah jauh berbeza. Ya, mesej ini perlu jelas kepada orang ramai supaya mereka tidak tertipu dengan agenda politik pakatan pembangkang.

Sejak penubuhan parti keramat UMNO misalnya, ia tidak berdiri sendirian. Sebaliknya disokong oleh 13 parti komponen lain yang kemudiannya membentuk Barisan Nasional yang wujud hari ini.

Sementara parti-parti dalam pakatan pembangkang dilihat masih bercelaru dan bertelagah sesama sendiri. DAP pula kekal dilihat sebuah parti yang paling berkuasa di dalam pakatan pembangkang.

Oleh yang demikian, soalan ini perlu dijawab oleh seluruh rakyat Malaysia : Apakah sebuah parti yang jelas menggunakan pendekatan perkauman seperti DAP wajar diangkat menjadi pemerintah?

Psssttt.............
Sokong PKR bermakna sokong DAP. 
Sokong PAN bermakna sokong DAP. 
Sokong PPBM bermakna sokong DAP.

No comments:

Post a Comment