Najib Ali dan sekumpulannya kelihatan tanpa rasa bersalah menghina pemimpin negara Malaysia. Raut wajah seakan-akan puas bila dapat menghina pemimpin negara dalam rancangan siaran negaranya, Singapura.
Selepas dikecam rakyat Malaysia, Najip Ali dan sekumpulannya menerusi satu kenyataan rasmi membuat permohonan maaf.
Apakah cukup sekadar memohon maaf tanpa sebarang hukuman?
Bagi Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) Helme Hanafi, maaf sahaja tidak memadai tanpa sebarang hukuman.
"Dia buat salah dan minta maaf... senang jer, tak ada pengajaran apa-apa dipihak kita, kerana kita ni baik sangat, sebab tu senang dibuli dan dikeji.
"Saya pertahankan kenyataan semalam, halang Najip Ali dan semua kawan-kawan dia termasuk krew rancangan ini dari masuk Malaysia selamanya.
"Kaji semula selepas lima tahun jika ada permohonan. Tunjuk kita ni negara yang ada maruah dan tidak boleh dikeji atau dihina mudah-mudah."
Jika pihak berwajib memandang sebelah mata tentang isu penghinaan terhadap pemimpin negara seperti ini, maka tidak perlu lagilah rakyat marhaen sibuk-sibuk mempertahankannya lagi selepas ini.
Biarkan saja pemimpin negara terus dihina oleh sesiapa sahaja termasuk rakyat asing.
Bagi mereka yang mungkin terlepas pandang isu ini atau mana-mana pegawai berkuasa yang tak tahu:
Baru-baru ini, stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings menerusi program 'OK Chope!' dalam episod ke-26 program itu dilihat telah mempersendakan dan menghina perdana menteri.
Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: "Najib slams ... for threatening Malaysia's progress". Para peserta program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.
Ada video, cari saja dalam Google (kalau belum dipadamkan). Carilah sendiri takkan semua benda nak bersuap.
*Kita bukan emosi tak tentu pasal tapi kita diajar untuk bersama-sama pemimpin.
*Cubit peha kanan peha kiri terasa.
*Malaysia sebuah negara yang ada maruah.
semmgnya benda tu mmg d rancang bkn tak sengaja.. nak kata sume org dlm program tu tolol tak lah plak.. jd apa motif dia.. sapa yg byr utk buat camtu..fikir2lah..
ReplyDeleteApa susah, suruh Astro sekat Najip dlm rancangannya.
ReplyDeleteKalau Astro tak sekat, maknanya Astro pun bersekongkol dgn Mediacorp 5 S'pork utk burukkan PM. Kalau begitu paham2lah ..