AdSense

Wednesday, April 26, 2017

7 inisiatif tambahbaik sistem e-Tiket KTMB


Kalau pembaca masih ingat status Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun media sosialnya pada suatu pagi, 2 Mac 2017 yang lalu.


Ia mengenai perkhidmatan pengangkutan awam tren khususnya berkaitan sistem pembelian atas talian.

Sedia maklum Najib cukup peka dan prihatin terhadap isu-isu pengangkutan awam. Lantas itu beliau segera mengarahkan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyelesaikannya.

Artikel KLIK DI SINI
Sudah tentu pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dipertanggungjawabkan untuk memantau, meneliti dan melaporkan proses penambahbaikan tersebut.

Sejak 2 Mac, pihak KTMB bekerja keras memperbaiki sistem e-tiket berkenaan sambil mendapat kerjasama daripada SPAD.

Akhirnya pada 21 April baru-baru ini, KTMB mengeluarkan satu kenyataan medianya.


Menurut siaran media itu, pihak KTMB telah menjalankan tujuh (7) inisiatif bagi mengimbangi permintaan pengguna yang semakin meningkat.

7 inisiatif penambahbaikan sistem e-tiket tersebut ialah :

1) Menyediakan satu talian internet khas sebanyak 50mbps bermula 8  Mac 2017 bagi meningkatkan keupayaan sistem bagi menampung transaksi online yang semakin meningkat.

2) Menambah sistem maklum balas transaksi melalui emel pada 8bMac 2017 dan sms pada 21 Mac 2017 bagi memaklumkan pelanggan sekiranya transaksi tidak berjaya.

3) Mengaktifkan auto refund sistem pada 20 April 2017 bagi mengatasi masalah kelewatan pemulangan tambang kepada pengguna  hanya dalam masa sehari berbanding sebelum ini 2 minggu.

4) Menambah jumlah mesin Penjualan tiket sebanyak 47 mesin pada 3 April 2017 menjadikan sebanyak 132 mesin yang sedang beroperasi pada masa ini.

5) Penambahbaikan dan reka bentuk semula laman sesawang rasmi KTMB dan online tiket supaya lebih mesra pengguna.

6) Penyelarasan saluran komunikasi rasminsyarikat seperti Facebook dan twitter KTMB serta lama web KTMB.

7) Unit Perkhidmatan Pelanggan KTMB telah menambah jumlah kakitangan bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti penerimaan panggilan..ia dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan.

Apa yang dapat kita perhatikan di sini ialah bagaimana caknanya Perdana Menteri terhadap isu yang melibatkan pengguna pengangkutan awam di Malaysia.

Selain itu, kerjasama antara KTMB dan SPAD yang bertungkus lumus menjayakan apa yang dipinta Perdana Menteri demi rakyat juga wajar dipuji.

Suka penulis memetik kenyataan KTMB yang mengatakan :

"Sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam darat terutamanya mod rel, KTMB akan terus komited untuk meningkatkan semua aspek operasi kami.

"KTMB akan terus bekerjasama dengan SPAD bagi memastikan peningkatan yang sedang dijalankan sentiasa relevan dengan keperluan rakyat.

"Kami juga mengalu-alukan maklum balas orang ramai dalam usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan kepada pengguna."

No comments:

Post a Comment