Sunday, March 5, 2017

Jawapan makcik buat pemuda terdiam



Saja kongsi perbualan antara seorang pemuda dan makcik dalam lif tadi :


Makcik : Ini surat apa pula ni... Oh bil Indah Water (sambil membelek-belek beberapa sampul yang baru diambilnya dari peti surat)


Pemuda : Sekarang semua harga naik.


Makcik : Iyalah nak buat macam mana. Tapi masih boleh hidup, boleh bernafas lagi. Tak adalah sampai tak makan...


Pemuda : (terdiam dan menundukkan kepalanya).


Aku : (keluar lif sambil tersenyum)


*Bezanya pemikiran seorang makcik yang hidup dalam realiti dengan pemuda yang hidup dalam dunia media sosial.


*Aku pun tak suka semua harga naik. Tu pasal aku pernah tanya beberapa peniaga, kenapa tak turun harga barang bila minyak turun? Bila minyak naik bukan main laju naikkan harga barang.


*Aku pun banyak kali persoal KPDNKK macam tak pro-aktif laksana tanggungjawab. Tak macam SPRM, boleh kata setiap hari ada tangkapan. Kalau tak ada tangkapan pun sekurang-kurangnya mereka akan lakukan risikan.


*Apa yang KPDNKK tahu ialah memerahkan keringat untuk melaksanakan dasar-dasar atau polisi baharu yang tak popular. Kalaulah mereka pro-aktif, tangkap peniaga yang naikkan harga sesuka hati atau peniaga yang lari bayar cukai, itu lebih baik. Kecuali ada kalangan orang atasan KPDNKK yang berstatus 'perisik' pembangkang - Sedang melakukan usaha untuk mensabotaj kerajaan pemerintah.


*SPRM boleh buat kenapa tidak KPDNKK?

1 comment:

  1. jarang dengar kpdnkk punya cerita..last dengar ttg pegawai nya yg jadi taikun diesel di johor beberapa tahun lepas

    ReplyDelete