Monday, February 20, 2017

Turun harga lesen PSV antara langkah pertama Makmal Transformasi Bas Ekspres


Segalanya satu proses dan usaha penambahbaikan sedang diusahakan.

Ini satu kenyataan ringkas bila menyentuh tentang sistem pengangkutan awam dalam negara.


Menyebut tentang lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) misalnya, pihak kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem tersebut.

Sedia maklum harganya yang tinggi dan rumitnya kelulusan lesen tersebut menyebabkan tidak ramai kapten bas yang memilikinya.


Ia sekaligus menjadi antara penyumbang kepada kejadian atau tragedi kemalangan membabitkan bas ekspres.

Ketika melancarkan Makmal Transformasi Bas Ekspres, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata antara sebab lain ialah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka.


Oleh yang demikian, semua perkara perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Mont Kiara itu turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah.


Sebelum ini Suara Lensa pernah mengeluarkan artikel berkaitan Makmal Transformasi Bas Ekspres bertajuk "Tragedi bas : Kerajaan pandang serius, SPAD tubuh Makmal Bas" DI SINI


3 comments:

  1. gaji yang rendah penyebab utama kemalangan bas atau lori di malaysia ni.bukan pasal psv bagai.tidak ada guna nya bermesyuarat bertahun2 kalau penyebab utama nya tidak di selesaikan.

    ReplyDelete
  2. gaji tak ada kena mengena dengan kemalangan. Kemalangan berlaku apabila pemandu cuai, leka, letih dan cuai

    ReplyDelete
  3. Saya Poklah.

    Orang kat atas ni main sebut umum je sebab itu je yg dia tahu ( cuai disebut 2 kali )
    Mungkin dia tak baca yg dlm Carta Makmal Bas di atas kot..

    Komen anonimus tu betul...gaji rendah menyebabkan driver terpaksa kejar trip sehingga melebihi kemampuan badan. Perkara gaji ni yg perlu perhatian sirius oleh semua pihak. Ada disebut dlm carta Makmal Bas tu "Kebajikan Pemandu". Kerajaan perlu ambil peranan.

    ReplyDelete