Thursday, February 9, 2017

#Thaipusam2017 : Tegak keunikan demi perpaduan - @weekasiongmp


Raya orang Melayu, orang Cina dan India memberi ucapan.
Raya orang Cina, orang Melayu dan India memberi ucapan.
Raya orang India, orang Melayu dan Cina memberi ucapan.


Bukan sekadar memberi ucapan tetapi juga meraikannya. Inilah keunikan dan kemajmukan negara Malaysia.

Hari ini penganut Hindu meraikan perayaan Thaipusam di seluruh negara. Dan hari ini juga merupakan cuti umum. Uniknya Malaysia dengan kepelbagaian budaya dan diraikan dalam suasana yang penuh harmoni.

Memetik tulisan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam status Facebooknya :

Selamat menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.

Perayaan Thaipusam di Malaysia yang turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia menonjolkan keunikan negara ini dengan rakyatnya menghormati budaya, agama dan kepercayaan satu sama lain.

Marilah kita terus menegakkan keunikan ini demi memperkukuhkan lagi perpaduan dan kesatuan nasional.



#Thaipusam2017

No comments:

Post a Comment