AdSense

Saturday, February 18, 2017

Orang Perak bakal nikmati kemudahan baru


Bila sudah disetkan dengan agenda 'mendahulukan rakyat' maka apa saja yang ada dalam kepala pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dan agensi-agensi ialah merealisasikannya.

Bukan cakap kosong tapi betul-betul melaksanakannya!


Di Perak, satu pembinaan Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar sedang dijalankan bagi memberi manfaat kepada rakyat khususnya pelajar di pusat pengajian tinggi swasta, Universiti Tun Abd Rahman (UTAR), Kolej Tunku Abd Rahman dan West Lake International School.


Proses pembinaan terminal yang terletak di Bandar Baru Kampar ini dijangka mengambil masa selama 18 bulan.

Ia seterusnya menggantikan Stesen Bas Ekspres Kampar sedia ada. Pembaca nak tahu, bila siap nanti, terminal ini akan menampung kira-kira 30 perjalanan bagi bas ekspres dan 735 penumpang dalam masa satu jam!


Untuk makluman, sebanyak RM128 juta ringgit telah diperuntukkan oleh Perak Transit (The Combined Bus Services) bagi melaksanakan pembinaan terminal ini.

Syukur. Sudah tentu masyarakat setempat dan pelajar akan berasa bersyukur dengan kemudahan yang ditambahbaik oleh pihak kerajaan bersama agensi yang terlibat.


Foto yang disiarkan di dalam artikel ini merupakan rakaman ketika Majlis Perasmian Pelancaran "Permulaan Kerja" terminal tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir. Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.







#TerminalBersepaduKampar

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

No comments:

Post a Comment