Thursday, February 23, 2017

Miskin bandar : Tengku Adnan terjemah hasrat Najib


Tanggapan pembangkang yang sering menggambarkan kerajaan tidak prihatin terhadap golongan miskin bandar ternyata meleset. Malah mereka sanggup melancarkan gerakan menumbangkang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata keputusan yang tidak tepat.


Untuk makluman pembaca, hasrat Najib ketika menyentuh soal Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) ini ialah beliau mahukan ia dikawalselia oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjamin keselesaan buat rakyat.


Hasrat itu disampaikan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kemudiannya menterjemahkannya kepada rakyat dalam majlis Kenduri 1Wilayah di Bandar Baru Sentul malam tadi.

Pengamatan Suara Lensa dapat merasai kegembiraan yang jelas kelihatan pada wajah setiap hadirin malam tadi.


Kata Tengku Adnan, Perdana Menteri telah mengarahkannya supaya menjaga taraf hidup masyarakat bandar.

"Beliau cukup prihatin terhadap masalah rakyat di ibu kota khususnya penduduk PPR dan PA.


“Kita akan mengindahkan PPR dan PA ini, begitu juga dengan pangsapuri swasta kita akan cat baharu yang mana 90 peratus kosnya ditanggung oleh kerajaan,” katanya dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Mohd Yahaya Mat Ghani.

No comments:

Post a Comment