AdSense

Sunday, February 26, 2017

Kampung warisan Wangsa Maju pasti 'lenyap' jika tiada BN


Cukup-cukuplah kampung warisan di beberapa buah negeri 'dilenyapkan'. Janganlah negara kita ini hanya dipenuhi dengan hutan batu yang hanya memberi manfaat kepada sesetengah pihak sahaja.


Di Kuala Lumpur, Kampung Puah dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju merupakan antara kampung warisan yang terus kekal. Ini merupakan antara usaha yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sejak sekian lama.

Bayangkan jika DAP menawan kawasan ini, apakah kampung warisan seperti Kampung Puah dapat dikekalkan? Ahli Parlimen Wangsa Maju yang dulu daripada parti PKR kini Bebas juga 'macam tak ada saja'. Apa yang beliau lakukan untuk manfaat penduduk Wangsa Maju?


Penulis berkesempatan melihat sendiri bagaimana indahnya suasana perkampungan ketika menghadiri Majlis Jalinan Silaturrahim di Kampung Puah malam tadi. Semangat perpaduan cukup kuat di kawasan ini dan lebih menyeronokkan, kita dapat melihat aktiviti bergotong-royong yang semakin ditinggalkan dalam kejiranan bandar.

Namun dalam masa sama, penulis berasa sedikit sedih apabila melihat raut wajah penduduk-penduduk yang sudah berusia di sini. Ada diantaranya melahirkan kebimbangan tentang masa depan kampung tradisi ini. Adakah golongan muda dapat mempertahankan kampung warisan ini sebagaimana yang mereka lakukan dahulu?

Memetik ucapan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, kampung warisan akan terus dipertahankan daripada dilenyapkan oleh mereka yang kemaruk kekayaan.

Untuk makluman pembaca, Mohd Shafei antara pemimpin yang kuat mempertahankan kampung warisan sejak sekian lama. Beliaulah yang mengangkat kampung warisan pada tempat yang selayaknya. Singgahlah dan bertanyakan sendiri penduduk warga emas di sini. Mereka lebih memahami betapa sukarnya untuk mempertahankan sebuah kampung di tengah bandar. Mereka juga tahu dan menghargai siapa yang sering bertungkus-lumus membantu mempertahankan kampung mereka.

Dalam masa sama beliau mengingatkan bahawa usaha yang dilakukan akan menjadi sia-sia sekiranya masyarakat berpecah-belah. Lantas yang demikian, masyarakat di kampung warisan perlu terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk mentadbir kawasan Wangsa Maju khususnya, Malaysia amnya.

#BetterNation
#BarisanNasional
#WangsaMaju

1 comment:

  1. ALHAMDULILLAH di atas sikap PRIHATIN & berJIWA RAKYAT oleh YB DS Dr Mohd Shafei Abdullah ni! WARISAN2 KPG2 bangsa BUMIPUTERA (Orang Asal/Indigenous kita ni memang mesti diPERTAHANkan HABIS2an walau di tgh2 BANDAR/PEKAN - supaya TAK terjadi spt. di SingaPORK KEPARAT tu!

    MEKASIH juga pd. YAB PM Bumiputera DS Mohd. Najib Tun Razak terCINTA kita - yg. telah SELAMATkan HAK/KEBAJIKAN/KESELAMATAN/SEJARAH bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu di KUALA SELANGOR dgn. penubuhan HUB NELAYAN SG. SEMBILANG di KOMPLEKS LKIM dan pasar2 FAMA di seluruh negara - termasuk para NELAYAN kita menjadi USAHAWAN sendiri tanpa ORG. TENGAH! Harapnya juga, diTUBUHkan juga KOPERASI NELAYAN & sbg. HUB PELANCONGAN di situ dan seluruh negara spt. diMINTA para NELAYAN kita ni!

    Malangnya SELANGOR terutamanya TANAH2 KPG2 MELAYU kita yg. berHADAPAN dgn. LAUT SELAT MELAKA di KUALA SELANGOR/KLANG-KAPAR/PELABUHAN KLANG/SEKINCHAN (dan SELURUH Malaysia termasuk LANGKAWI - yg. berHADAPAN dgn. SELAT MELAKA & LAUT CHINA SELATAN), yg. makin diIDAMkan si PENJAJAH DAPJUBOQ BABI PARASIT - mahu juga diHALAU bangsa BUMIPUTERA (Orang Asal/Indigenous) Islam/Melayu mcm. kat P. Pinang dgn. menggunakan MO agama (cthnya disyaki melalui cadangan penubuhan kubur Cina gergasi di tengah2 kpg. Melayu di Kuala Selangor-Klang), apalagi KUALA SELANGOR/SEKINCHAN/KLANG amat PENTING juga utk. industri PELANCONGAN sungai paya (mangrove), PELABUHAN KLANG dan laut SELAT MELAKA yg. berBILLION; yg. mana SELAT MELAKA (serta LAUT CHINA SELATAN) yg. amat STRATEGIK, sebenaqnya mahu diKUASAI tuan PENJAJAH DAPJUBOQ BABI ni, IS-rael/MOSSAD-CIA/NA*O yg. mana SUBMARIN2 berSENJATA NUKLEAR berPENGKALAN secara RAHSIA di BAWAH LAUT di DIEGO GARCIA (di mana MH370 kita disyaki diRAMPAS utk. MENCULIK2 SAINTIS2 CHINA yg. terKEMUKA)!

    Tok Landak.

    ReplyDelete