AdSense

Friday, February 24, 2017

Harapan Wee Ka Siong terhadap kerajaan Arab Saudi


Sejujurnya penulis berasa tersentuh dengan posting Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di dalam akaun Facebooknya hari ini.


Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Ayer Hitam ini mengharapkan Arab Saudi supaya dapat menambah kouta haji untuk umat Islam di Malaysia seterusnya dapat memendekkan tempoh penggiliran jemaah.

Berikut tulisan penuh Wee Ka Siong :

Sebagai Ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, saya mengalu-alukan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tidak lama lagi dengan tangan terbuka dan penuh kesyukuran.

Saya yakin lawatan Raja Salman kali ini akan membawa impak besar kepada seluruh rakyat Malaysia dan dijangka akan mempertingkatkan lagi hubungan diplomatik, ekonomi, dan kebudayaan di antara kedua-dua buah negara.

Lawatan Raja Salman ini lebih bermakna berikutan keputusan Kerajaan Arab Saudi mengembalikan semula kuota jemaah haji Malaysia kepada 27,900 untuk musim haji 2017 berbanding hanya 22,230 jemaah yang dibenarkan sejak 2013.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas pengembalian semula kuota haji yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, memandangkan Kerajaan Arab Saudi hampir selesai melaksanakan projek pembangunan mega di sekitar Masjidil Haram, saya juga berharap Kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbangkan peruntukan kuota tambahan kepada umat Islam negara ini, bagi membantu memendekkan lagi tempoh penggiliran haji.

Saya percaya penambahan kuota ini dapat juga membantu ribuan umat Islam Malaysia yang sekarang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadat.

No comments:

Post a Comment