AdSense

Thursday, February 23, 2017

BANTUAN KWAPM UNTUK PELAJAR SEKOLAH


KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan. 

"Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin" ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah. 

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

#KPM #KementerianPendidikan #KementerianPendidikanMalaysia #KumpulanWangAmanahPelajarMiskin #KWAPM #Pelajar #Student #Guru #Teacher #Pendidikan #Education #Sekolah #School

Grafik oleh Malaysia Menjerit

No comments:

Post a Comment