AdSense

Sunday, January 15, 2017

Pakcik ini putar dan lupa lagi...


Mesin putar belit sekali lagi membuat kenyataan berbelit-belit bagai sudah lupa apa yang diperkatakan sebelum ini.


Di hadapan kira-kira 8 juta orang termasuk kerusi, habuk-habuk, sampah dan kuman, pemilik kepada parti Bunga menyatakan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan jika mereka memerintah Malaysia.

Padahal semua maklum bahawa orang sama pernah mengatakan bahawa BR1M adalah satu rasuah.

Individu yang dikenali sebagai seorang diktator seluruh dunia itu bagaimanapun kelihatan seperti Melayu Mudah Lupa. Lupa pada prinsip yang diperjuangkan sebelum ini.

Rakyat tidak lupa, selain BR1M dikatakan sebagai rasuah, ibadah haji yang dikerjakan yang datang daripada hasil 1MDB turut dituduh sebagai tidak mabrur. Terkedu pakcik-pakcik yang sudah/akan menunaikan haji.

Insan ini mungkin diktator di dunia tetapi soal hukum agama tidak boleh dibuat main.

Beliau mungkin boleh memiliki parti ala sebuah syarikat anak beranak tetapi beliau juga perlu sedar bahawa Malaysia ini bukan milik insan diktator sepertinya.

#ItsTime

No comments:

Post a Comment