AdSense

Monday, January 23, 2017

MCA nak jawatan TPM? Ini perkara sebenar rupanya...


Rasanya semua sudah baca atau dengar kenyataan 'terlepas' daripada bekas Perdana Menteri diktator tentang keinginan DAP untuk memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dan semua juga maklum diktator tersebut kemudiannya membuat pusingan U apabila mengatakan 'tersilap kata'. Bukan DAP yang mahu jawatan TPM sebaliknya MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).


Sementara Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menafikan tuduhan diktator tersebut. Jelas kata Najib, ia satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Jika difikirkan secara logik, kalau ya pun MCA mahu jawatan TPM, sudah tentu ia akan diberitahu kepada Najib selaku Perdana Menteri.

Sinar Harian, 22 Januari 2017
Sebab itu dikatakan bahawa tuduhan diktator itu sememangnya tidak berasas. Selain Najib, tuduhan diktator itu turut dinafikan oleh tuan punya badan - MCA.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan, tuntutan (jawatan TPM) itu sebenarnya BUKAN suara rasmi daripada MCA. Malah ia TIDAK PERNAH dibincangkan secara terperinci!


Berbeza dengan DAP, pemimpin parti cauvinis itu seringkali meminta itu ini termasuk jawatan TPM. Ini bukan kata Suara Lensa, Wee Ka Siong atau Najib tetapi dikatakan sendiri oleh si diktator yang kini bersetubuh dengan DAP. Rujuk saja video yang dirakamkan oleh AntaraPos, dengarkan sendiri ucapan diktator yang 'terlepas cakap' itu...

Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga menegaskan bahawa TIDAK ADA mana-mana pimpinan MCA termasuk presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menuntut jawatan TPM dalam pentadbiran negara.

"TIDAK ADA," tegas Wee Ka Siong.

Pembaca perlu faham, kalau ada sebut-sebut dalam mana-mana perhimpunan, ia senario berbeza. Begitu juga dengan perhimpunan mana-mana parti. Setiap ucapan oleh perwakilan atau pemimpin parti kemudiannya akan dibawa ke meja rundingan samada ia perlu dan wajib diangkat ke peringkat lebih tinggi atau sebaliknya.

Ini yang membezakan situasi Kit Siang 'bisik' Madey kerana ia ternyata PERMINTAAN SERIUS (tuntut jawatan).

Tambahan pula tuduhan si diktator yang berusia lebih 90 tahun itu hanya merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 2009.

Pada ketika itu Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow mengenengahkan permohonan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada MCA.

Lantas itu sekali lagi masyarakat perlu bijak menilai setiap apa yang diucapkan diktator yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun ini.

Wee Ka Siong membawa masyarakat berfikir secara logik. Apakah masuk akal sekiranya MCA mahukan jawatan TPM ketika partinya lemah pada tahun 2008 dan 2009?

Pada tahun 2008, daripada 31 kerusi yang ditandingi, MCA hanya memenangi 15 kerusi sahaja. Apakah logik MCA menuntut jawatan TPM?

Selain Wee Ka Siong, kenyataan berpusing-pusing diktator Madey itu juga disanggah oleh beberapa pemimpin MCA termasuk Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyifatkan dakwaan diktator itu sebagai mainan politik dalam cubaan meraih sokongan kepada pembangkang.

Manakala bagi Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pula, strategi politik diktator dan pembangkang itu seharusnya tidak dilayan membuta tuli. Apa yang diktator itu cakap pun beliau sendiri tidak tahu. Berpusing-pusing. Sekejap macam ni, sekejap macam tu...

Jadi pembaca dan masyarakat diluar sana perlulah bijak menilai. Apa yang perlu ditekankan ialah, kepentingan parti dan perjuangan untuk negara lebih baik berbanding kepentingan peribadi para politikus yang rakus dan kemaruk kuasa seperti si dikator dan pembangkang.

No comments:

Post a Comment