AdSense

Tuesday, December 20, 2016

Najib main angka lagi...


"Kita ada impian besar hendak memastikan dalam masa lapan tahun lagi ekonomi negara dilonjak daripada RM1.3 trilion ketika ini kepada RM2 trilion.


"Bayang-bayang itu sudah nampak dengan dipacu projek Aliran Transit Massa (MRT), Lebuhraya Pan Borneo, projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

"Tapi, lebih daripada itu saya sudah tetapkan dan kerajaan ingin lihat supaya dalam tempoh 30 tahun, kita hendak Malaysia jadi negara kelas dunia, 20 (negara) terhebat di dunia.

"Semua ini mesti kita lihat dalam konteks prinsip maqasid syariah, yang mana kita tahu bukan saja untuk orang Islam, tapi universal aplikasinya,"

Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran Buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018 di Seri Perdana semalam.

Sudah tentu ramai yang meroyan dengar ucapan Najib ini.

Rafizi dan kumpulan propaganda pembangkang pastinya sedang menyusun rangka serangan bagaimana hendak memanipulasikan angka-angka yang disebut Najib.

Sedia maklum, mereka cukup sensitif dengan angka-angka dan bidang ekonomi ini.... Itu sebab projek MRT yang hanya RM21 bilion difitnahnya RM100 bilion semata-mata mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional dimata rakyat!

#TerimaFaktaTolakFitnah

1 comment:

  1. hehe.. angka-angka untuk ungka...

    RM21 billion jadi RM100 billion...

    51 km jadi 141 km...

    Lepas tu ungka pun pening kerana kononnya tak dapat maklumat yang cukup, padahal dalam media sejak 2010 dah sebut mengenai angka yang ungka tu dok tercari-cari sampai dah botak tengah tua bangka...

    ReplyDelete