Jumpa rakyat di kampung-kampung adalah perkara biasa bagi ADUN Jenderak, Dato' Sri Mohamed Jaafar.
Bukan setakat berjumpa tetapi mendampingi dan menyelami sendiri permasalahan rakyat di peringkat akar umbi.
Inilah beza pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan pembangkang yang asyik sibuk menyebar fitnah dan persepsi memburuk-burukkan kerajaan.
Sementara buat mana-mana pemimpin muda dalam BN elokkan menjadikan rutin seperti ADUN Jenderak ini sebagai contoh. Itupun kalau mahu kekal lama dalam karier politik dan relevan dihati rakyat.
Jam 11 pagi tadi, Mohamed Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mat Jaapor' (loghat Pahang), meluangkan masa menghadiri Program Sembang Santai dan 'ngeteh' bersama masyarakat orang asli dari beberapa buah kampung dalam DUN Jenderak.
Sumber gambar : FB Pusat Khidmat Dun Jenderak
#jenderakprihatin
No comments:
Post a Comment