AdSense

Sunday, November 27, 2016

Ke mana pergi kaum Cina ketika #Bersih5


Dapat kita perhatikan bagaimana hambarnya sambutan daripada orang ramai terhadap perhimpunan politik Bersih 5 di ibunegara 19 November lepas.

Angka peserta Baju Kuning yang berkurangan itu antara lain membuktikan bahawa rakyat semakin bijak menilai dalam sesuatu perkara terutamanya soal politik semasa.

Perhatikan penganjuran Bersih 4 sebelum ini, ia disertai oleh majoriti peserta berbangsa Cina. Sehingga ada yang mengadakan upacara penghinaan terhadap pemimpin negara.


Nampaknya perbuatan biadap sedemikian tidak dapat diterima rakyat. Lihat saja penganjuran Bersih 5, kaum Cina terutamanya sudah mula menjauhkan diri daripada penganjur yang rapat dengan parti pembangkang.

Sedia maklum, ganas dan biadap adalah budaya yang sinonim dengan pemimpin pembangkang khususnya DAP.

Ajaran negatif sedemikian diterapkan kepada penyokongnya. Lihat saja apa yang berlaku baru-baru ini, satu pasangan bertindak biadap dengan mencabul dan mengganggu seorang penguatkuasa wanita yang sedang bertugas di Shah Alam.




Pasangan tersebut juga merupakan penyokong tegar Bersih 5 dan juga dipercayai pentaksub DAP.

Hakikat menyedari, penganjuran demonstrasi jalanan seperti Bersih 5 bukan lagi dilihat sebagai langkah relevan untuk dipraktikkan di Malaysia yang lebih ketimuran.

Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil sememangnya disokong oleh mana-mana pihak termasuk MCA.


Namun parti DAP menggunakan alasan tersebut sebagai alat untuk menjayakan agenda peribadi mereka. Hasilnya, kaum Cina dipergunakan.

Berbeza dengan MCA yang tidak sesekali mengajar ahli-ahli mereka daripada membuat perkara yang merugikan negara dan orang ramai seperti demonstrasi jalanan.

Manusia yang waras sedar bahawa demonstrasi jalanan seperti Bersih 5 adalah tindakan yang sia-sia.

Sebab itu MCA kekal dengan komitmen menarik sokongan kaum Cina untuk terus menyokong parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Tiong Lai begitu mengharapkan ahli-ahli MCA dapat bersama-sama dengan kepimpinan parti untuk menjayakan usaha berkenaan.

Tiada parti yang lebih relevan melainkan BN. Ia merupakan parti yang memiliki trek rekod baik, berpengalaman luas dalam mentadbir negara serta tidak sesekali mengajar budaya keganasan.

Jika DAP mengamalkan politik rasis, MCA pula lebih moderat. Sebab itu kelihatan masyarakat Cina sudah mula menolak aktiviti DAP seperti Bersih 5 dan kembali menyokong BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ke mana perginya peserta Cina dalam himpunan Bersih 5 sudah terjawab.

No comments:

Post a Comment