AdSense

Wednesday, November 16, 2016

#BangloDisneyland : Ketua AMK Ampang kena marah


Para pemimpin pembangkang hari ini pening kepala untuk menjawab isu yang terpalit kepada anak buah mereka - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, 28 tahun, berhubung pembongkaran kekayaan luarbiasanya.


Wow! Rumah banglo Disneyland dan sebuah lagi rumah di Putrajaya termasuk memiliki beberapa kenderaan mewah...

Adam mungkin pada ketika ini diserang hebat bukan sahaja daripada rakyat tetapi juga dikalangan pemimpin pembangkang sendiri.

Bahkan kenyataannya yang mengatakan jumlah anak muda yang kaya di Malaysia ketika ini ramai juga mengundang kemurkaan pemimpin pembangkang.


Isu itu sekaligus memadamkan dakwaan pemimpin pembangkang di pentas ceramah... Antaranya :

1. Rakyat miskin
2. Malaysia bankrap
3. GST membebankan
4. BN rasuah / dedak
5. Najib tindas rakyat


Oleh yang demikian, pembangkang kini tidak lagi boleh menuduh parti lawan dengan tuduhan tanpa asas. Sebaliknya perlu menyiasat sendiri, bagaimana seorang pemimpin muda mereka mampu memiliki kekayaan luarbiasa?

Itu baru Ketua AMK daerah.
Itu baru memerintah negeri Selangor.



1 comment:

  1. Pemimpin2 UMNO lagi banyak yang kaya terlampau

    ReplyDelete