AdSense
Thursday, October 13, 2016
Kurang tenaga kerja : Petani jumpa MCA
Sektor perladangan dan pertanian merupakan antara sumber ekonomi yang besar buat negara. Cameron Highlands, antara kawasan popular sektor tersebut.
Sedia maklum sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa akan mengupah dan menghadkan kemasukan pekerja asing terutamanya kepada sektor perladangan kelapa sawit, tidak kepada bidang pertanian.
Timbul sedikit permasalahan apabila ada petani yang mengadu tidak cukup tangan dalam mengendalikan operasi mereka.
Baru-baru ini wakil-wakil petani dari negeri Kedah, Perak dan Johor ada berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi menyatakan permasalahan mereka khususnya soal khidmat pekerja asing.
Pada ketika ini, mereka mengalami kekurangan tenaga kerja dan memerlukan seramai 30,000 orang untuk ladang sayur, ladang buah (10,000), ladang bunga (10,000), ladang ayam (10,000), Cameron Highlands (3,000).
Dalam pertemuan itu, Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA bersetuju untuk membawa isu berkenaan ke peringkat tertinggi, Putrajaya.
Keputusan yang turut disokong Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu akan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menjelaskan perkara itu, Wee Ka Siong berkata pengusaha industri merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara dan masalah yang timbul perlu diatasi bagi mengelakkan produktiviti kerja terjejas.
Untuk makluman pembaca, bidang perladangan turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Cameron Highlands umpamanya, telah menjadi pengeksport ketiga terbesar bunga krissantimum dengan pengeluaran tahunan sebanyak RM200 juta.
Lantaran itu, jika masalah pekerja ini tidak dapat diselesaikan dengan kadar segera, produktiviti akan terjejas terutama pada musim buah. Pada musim panas ketika ini, petani tidak boleh menuai di semua lokasi dalam satu masa kerana masalah yang dihadapi.
Lebih teruk, mereka hanya mampu melihat buah-buahan mereput begitu sahaja.
Memetik siaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai Dasar Semasa Penggajian Pekerja Asing, hanya 6 sektor pekerjaan yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing iaitu 5 sektor formal merangkumi sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian. Manakala 1 sektor informal adalah pembantu rumah asing.
Sehingga kini, terdapat 15 buah negara sumber yang dibenarkan untuk membekalkan pekerja asing ke Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya 14 buah negara yang dibenarkan untuk bekerja di sektor pertanian tidak termasuk Bangladesh. Negara-negara tersebut adalah Indonesia, Nepal, Myanmar, India, Vietnam, Filipina (Lelaki), Pakistan, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, Laos, Turksmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan.
Pada 25 Jun 2015, Ahmad Zahid yang juga selaku menterinya (KDN) telah mengumumkan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh untuk memenuhi sektor pekerjaan di Malaysia.
Dalam masa sama tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.
Pengumuman itu kemudiannya mendapat kritikan pimpinan parti pembangkang. Barangkali masih terpengaruh dengan fitnah semasa Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu yang menuduh wujud 40,000 pengundi Bangladesh (pengundi hantu).
Antara yang paling lantang mengkritik KDN pada ketika itu ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
"Mengapa perlu tambahan 1.5 juta pekerja asing?
Demikian tajuk yang diguna dan disiarkan di dalam lidah rasmi pembangkang, Malaysiakini.
Soalan Nurul Izzah yang juga anak kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pastinya hari ini sudah terjawab.
Bukan lagi masa untuk bermain politik tetapi soal rakyat dan negara perlu diutamakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kerajaan perlu turun padang, lihat dan buat penilaian dahulu sebelum mengambil buruh asing tambahan. Kebanyakan tempat seperti kilang, pasaraya, kedai, kerja pembersihan, pembinaan, perladangan, penternakan, pasar2 awam, hotel, restoren, pemandu teksi dan macam2 lagi ruang pekerjaan, kebanyakannya telah dipelopori oleh pekerja asing. Bukan hanya bidang 3 D sahaja. Rimas menenguknya, apa dah jadi sebenarnya? Rumah2 sewa, malah rumah PPRT juga menjadi penempatan warga asing sebagaimana yg dilaporkan di media sosial berlaku di Pulau Pinang.
ReplyDelete