Friday, October 14, 2016

Kebodohan budak Mahathir tidak dapat dibendung


Sungguh biadap! Cubaan mengheret institusi diraja ke kancah politik!

Sudah banyak kali dijelaskan bahawa :


Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan Ketua Negara yang memiliki kuasa yang luas serta berperanan penting dalam urusan pemerintahan serta pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Ramai yang sudah maklum dan mengetahui bahawa YDPA mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui permintaan pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja.

Namun masih ada yang cuba menjadi rakyat 'derhaka' seperti budak-budak Mahathir apabila sanggup mengheret kemuliaan institusi raja ke kancah politik demi kepentingan peribadi.

video


Umpamanya isu penolakan campurtangan istana berhubung 'Deklarasi Rakyat' yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah jelas, ditegaskan bahawa tidak akan mencampuri sebarang usaha bagi menggulingkan kerajaan sedia ada yang dipilih rakyat mengikut sistem demokrasi - pilihanraya.

Deklarasi yang dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah tidak mengikut Perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

Jika benar hebat, tunjukkan kehebatan anda di dalam peti undi pilihanraya! Jangan jadi bacul!

No comments:

Post a Comment