AdSense

Wednesday, September 14, 2016

Gangguan LRT : Najib pandang serius


Bila dah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turun padang dan beri kenyataan berhubung gangguan LRT maka sudah tentu ia menjadi perkara yang amat penting bagi  Putrajaya.


"Saya telah mengarahkan Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyiarkan butiran dan hasil siasatan tersebut sebaik sahaja siasatan selesai."

Sedia maklum, pada 7 dan 9 September lalu berlakunya gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya. Siasatan awal mendapati bekalan elektrik terputus menjadi punca kejadian tersebut.

Najib dalam kenyataan medianya berkata, sebanyak 15 pencawang tenaga elektrik sepanjang laluan LRT Kelana Jaya akan dinaiktaraf serta-merta.

Jelasnya, penaiktarafan itu akan memastikan sistem elektrik dapat dipanjangkan jangka hayatnya, menampung keperluan semasa yang kian meningkat dan mengambil kira keperluan masa hadapan.

"Langkah ini dijangka akan mengambil masa di antara 3 hingga 6 bulan untuk diselesaikan sepenuhnya.

Dalam masa sama, SPAD juga telahpun mengarahkan pengendali LRT supaya kemuka laporan penuh dan cadang langkah penambahbaikan. Baca selanjutnya di sini. 

Disamping itu, SPAD juga telah menekankan keperluan untuk Prasarana melaksanakan penilaian terperinci keseluruhan sistem yang ada memandangkan LRT Kelana Jaya sudah pun beroperasi selama hampir 20 tahun.

"Penilaian ini akan mengenalpasti risiko yang ada serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi risiko tersebut, selain menyediakan perancangan untuk sistem gantian bagi sistem-sistem kritikal yang semakin hampir kepada penghujung jangka hayat penggunaanya.

"Saya telah mengarahkan supaya Penilai Teknikal Bebas dilantik oleh Prasarana untuk menjalankan penilaian ini dengan kerjasama SPAD bagi memastikan pematuhan semua syarat dan peraturan yang sedia ada."

"Saya juga telah mengarahkan Prasarana untuk menjalankan penilaian semula keseluruhan operasi mereka bagi memperkukuhkan piawaian prosedur operasi (SOP) yang sedia ada bagi memastikan kapasiti yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat."

Untuk makluman pembaca, Prasarana juga akan memperkenalkan secara berperingkat gerabak-gerabak keretapi yang baru pada laluan Kelana Jaya menjelang November 2016.

"INILAH ANTARA LANGKAH-LANGKAH SEGERA YANG TELAH SAYA ARAHKAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH PRASARANA DAN SPAD BAGI MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENGGUNA-PENGGUNA LRT, SEJAJAR DENGAN ASPIRASI KERAJAAN UNTUK MENJADIKAN PENGANGKUTAN AWAM SEBAGAI PILIHAN UTAMA RAKYAT." - Najib Razak

No comments:

Post a Comment