AdSense

Friday, July 22, 2016

Kerajaan tetap dengan agenda mereka demi masyarakat Felda


Kerajaan terus bekerja keras untuk melonjakkan pembangunan negara ke arah yang lebih tinggi terutama sekali melibatkan orang-orang Felda.


Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan kekal dengan perancangannya untuk melaksanakan agenda pembangunan dan transformasi secara menyeluruh.

Agenda ini akan menjadi satu garis panduan supaya kerajaan tidak lari daripada hasrat sebenar membangunkan masyarakat Felda. Apa yang lebih penting, ia dijalankan secara bersungguh-sungguh dan tanpa ada titik noktah sebelum mencapai kejayaan.

Berbeza dengan kumpulan parti pembangkang yang tidak memiliki agenda rapi. Mereka hanya menyemai politik kebencian dan persepsi berbaur fitnah bagi memburuk-burukkan kerajaan.



Ada satu kenyataan Najib semalam yang sedikit menyentuh hati penulis. Dengan raut wajah yang penuh berharap, Najib berkata,

"Saya ingin melihat ia lebih maju ke hadapan. Kita sebagai pewaris mesti melihat cabaran baharu yang perlu dipenuhi atau diatasi.

"Pegawai dan kakitangan Felda juga mesti melihat objektif utama kita bagaimana untuk menguruskan Felda dengan baik, bagaimana nak uruskan Felda Global Ventures sebaik-baiknya."

Jadi, sama-samalah ambil saranan Najib ini dengan hati terbuka. Ia tidak lain hanyalah mahu memastikan Felda terus melangkah maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Mana yang tidak betul dalam pentadbiran baik diperingkat atasan mahupun bawahan perlulah diselami, ditangani dengan baik. Demi masyarakat Felda khususnya.

*Jangan pula bila pihak atasan sudah buat perkara betul, sampai kat bawah jadi lain pula. Ini yang perlu kita kekang daripada terus menjadi virus dan perosak dalam organisasi Felda secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment