AdSense

Tuesday, June 28, 2016

Berucap dalam masjid : MP bukan Islam PKR bakal didakwa?


Agama dilacurkan lagi oleh pemimpin dikalangan parti pembangkang...

Inilah pemimpin yang kau orang sanjungkan sangat masa pilihanraya dahulu. Sanggup mengundi puak-puak yang secara terang melakukan perbuatan biadap dengan memijak kepala orang lain.


Setakat wujudnya parti kerajaan Barisan Nasional (BN), belum dengar lagi kelakuan seumpama pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Mungkin elok dilaungkan takbir pada ústaz' ini?

Kalau dahulu ada pemimpin bukan Islam dikalangan parti pembangkang berjoget atas tiket senaman kesihatan di dalam perkarangan masjid, disusuli pula dengan aktiviti memberi ceramah di dalam masjid oleh orang bukan Islam.

Aktiviti sama diiteruskan lagi pada tahun ini. Dalam bulan Ramadan, saat penganut Islam berebut-rebut memperbanyakkan ibadah, seorang pemimpin daripada parti PKR iaitu Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Ken diangkat dan dikurniakan mikrofon di dalam rumah Allah.


Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin menjadi saksi kepada kegiatan pelacuran ini dan paling 'membanggakan' ia dijalankan sempena dengan majlis Tadarus Al-Quran!

Para pengundi yang menyembah pemimpin ini pastinya berasa bangga apabila aktiviti sedemikian berjaya memecah tradisi di dalam bulan Ramadan.

Dalam masa sama tindakan itu juga umpama mencabar titah DYMM Sultan Selangor selaku payung kedaulatan Islam dan orang Melayu.

Sejarah pernah mencatatkan bahawa pada tarikh 28 Ogos 2010, baginda Sultan bertitah, orang bukan Islam TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI RUANG SOLAT UTAMA SEMUA MASJID DAN SURAU DALAM NEGERI SELANGOR ATAU MENGADAKAN APA-APA ACARA DI DALAMNYA.

Penulis yakin dan percaya, notis ini masih ada lagi ditampal di papan-papan informasi di masjid seluruh Selangor. Usah menafikan lagi, penulis sendiri kerap mengunjungi masjid di sekitar negeri Selangor dan ya, notis ini masih kuat gamnya.

Keberangkalian William Leong Jee Ken didakwa di bawah seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan jika disabitkan kesalahan boleh di denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tinggal lagi, apakah pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berani menjalankan siasatan berhubung perkara itu? Dan samada pengundi-pengundi MP Selayang ini sanggup mempertahankan agama dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa?

Atau cuba salahkan UMNO dan Barisan Nasional terhadap apa yang berlaku?



1 comment:

  1. Siapa2 orang Islam pun boleh buat laporan polis kot sbab ia kesalahan umum iaitu seolah2 menghina Islam dan provokasi agama. PDRM pun boleh ambil tindakan terus.

    ReplyDelete