AdSense

Tuesday, May 17, 2016

Malaysia jenguk lapangan terbang baru Jeddah


Hebat tak hebatnya Malaysia apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama rombongannya dibawa melawat ke tapak projek lapangan terbang baharu Raja Abdul Aziz, Jeddah yang pada ketika ini masih dalam pembinaan.







Terdahulu Liow telah mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatan, Menteri Pengangkutan Arab Saudi, HE Sulaiman AlHamdan yang disifatkan beliau sebagai produktif.




Awal Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerjanya ke Arab Saudi pernah memberitahu bahawa kepakaran Malaysia dalam pengendalian lapangan terbang wajar ditawarkan kepada negara lain.

“Kita mesti cari peluang baharu yang boleh menyumbang pertumbuhan ekonomi dan dengan penurunan harga minyak dunia, kita kena cari kepelbagaian dari segi strategi ekonomi,”

Demikian kenyataan Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah (JEF) pada ketika itu.

Najib melihat pelbagai peluang ekonomi boleh diceburi di Arab Saudi antaranya projek perumahan awam, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan pengendalian lapangan terbang seperti dilakukan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) di Istanbul, Turki.



No comments:

Post a Comment