AdSense

Saturday, May 21, 2016

Hak OKU mencari rezeki


Rekod pada tahun 2014 menunjukkan seramai 498,906 Orang Kelainan Upaya (OKU) telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Februari tahun itu bagi mendapatkan kad OKU.


Mengikut kategori, OKU yang paling ramai mendaftar ialah golongan yang mengalami masalah pembelajaran iaitu seramai 180,067 orang, masalah fizikal (163,809), masalah pendengaran (59,161), masalah penglihatan (46,875), masalah mental (20,492), masalah pertuturan (3,717) dan 24,785 yang mempunyai masalah pelbagai kombinasi.

Kira-kira 65 peratus daripada jumlah itu adalah orang dewasa.

Sementara pada tahun 2015 pula, kira-kira 4.2 juta OKU dikesan tidak berdaftar dengan JKM berdasarkan statistik penduduk seramai 30.1 juta orang pada tahun 2014.

Ramai tu... Di mana mereka sekarang? Apakah bantuan, kemudahan dan segala keistimewaan dapat dinikmati mereka?

Menyentuh tentang bidang pekerjaan OKU, berapa banyak syarikat-syarikat dalam negara yang memberi peluang kepada golongan ini?

Penulis menganggarkan jumlah syarikat yang memiliki sifat tanggungjawab dengan memeluk erat golongan OKU berada pada tahap yang sepatutnya.

Soal pilih kasih tidak wajar berlaku kerana gologan OKU ini juga ada hak mereka di atas muka bumi ini. Bahkan ada dikalangan mereka yang jauh lebih hebat, berkebolehan dan bertenaga daripada insan normal.





Ketika mengunjungi restoran McDonald sebelum ini untuk berjumpa dengan pekerja OKU Nabil (artikel di sini), penulis dimaklumkan bahawa McDonald’s Malaysia mempunyai 90 hingga 100 orang kakitangan OKU yang bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa.


Daripada jumlah itu, 70% daripada mereka bekerja secara separuh masa dan 30% pula bekerja secara sepenuh masa.

Selain itu McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan beberapa organisasi lain untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU.

Antaranya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) – Selangor dan Kuala Lumpur di bawah JKM, Malaysian Care Training Centre, Cheras, United Voice, Petaling Jaya, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), PERKESO menerusi program Return to Work (RTW) dan Job Coach Network Malaysia.

Sekali lagi syabas dan terima kasih kepada McDonald's Malaysia yang tidak mengabaikan golongan OKU dalam negara. Penulis sangat berharap syarikat-syarikat lain dapat mencontohi sifat keterbukaan seperti ini. OKU juga ada hak seperti insan lain.

No comments:

Post a Comment