Monday, April 11, 2016

VIDEO : Soalan student ala budak tadika dijawab tenang Dr Zakir Naik



Jikea sebelum ini ada warga Singapura yang sanggup melepaskan kerakyatannya semata-mata mahu menjadi warganegara Malaysia.

Sudah pasti keistimewaan dan kemakmuran yang terdapat di Malaysia menjadi faktor kepada keputusannya itu.

Itu baru sedikit, berkaitan warganegara luar yang cukup menghargai Malaysia.

 Berbeza pula warganegara Malaysia itu sendiri. Segelintir daripada mereka lebih berbangga dengan sifat kufur nikmat.



Sikit-sikit hendak salahkan kerajaan... Inilah perangai segelintir masyarakat kita yang suka sangat bersikap lepas tangan dan menuding jari pada pihak lain.

Dalam program soal jawab Islam jelajah Dr Zakir Naik di Terengganu pun orang-orang sebegini cuba menyelit dan melontarkan isu-isu yang secara jelas berunsur provokasi.

Mereka kelihatan bersungguh-sungguh meraih jawapan yang dihajatkan namun tidak berjaya. Ternyata tokoh Islam dunia seperti Dr Zakir Naik lebih pintar menjawab soalan-soalan yang tersasar daripada tajuk ceramahnya.

Anda tonton sendirilah bagaimana orang luar menjawab soalan warganegara yang kufur nikmat.

No comments:

Post a Comment