Monday, April 11, 2016

DCA hantar notis penggantungan Rayani Air hari ini - @LiowTiongLai


Bukan mudah untuk menjalankan operasi apatah lagi dalam industri besar seperti penerbangan.

Suara Lensa ada juga terbaca 'print screen' perbualan dalam 'whatsapp group' yang didakwa disebarkan sendiri oleh kakitangan Rayani Air. Ternyata, rayuan 'bos' Rayani Air cukup menyentuh hati...


Namun apakan daya, demikianlah risiko dalam perniagaan apabila terpaksa berdepan dengan permasalahan. Untung-rugi sememangnya lumrah bagi orang berniaga.

Baharu 110 hari beroperasi, Rayani Air terpaksa menutup operasi mereka. Suara Lensa percaya ianya hanya bagi tempoh sementara. Rayani Air sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran dengan apa yang berlaku. Mungkin cara urustadbir perlu dimantapkan lagi.

Berbalik kepada isu penggulungan tikar Rayani Air, ia bukanlah sesuatu tindakan yang boleh dibuat sesuka hati. Apatah lagi syarikat Rayani Air menjalankan penerbangan awam. Maka ia secara tidak langsung melibatkan kepentingan orang ramai.

Mungkin dalam keadaan tertekan menyebabkan Rayani Air terlepas pandang berhubung beberapa peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Penerbangan Awam.

Menjawab isu berkaitan Rayani Air yang terkenal dengan 'tagline' Penerbangan Patuh Syariah', Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihak di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar notis penggantungan sementara kepada syarikat tersebut pada hari ini.


Tegas Liow, Rayani Air akan digantung di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996 dan proses audit akan di lakukan oleh DCA untuk memastikan syarikat itu layak untuk terus beroperasi.

Justeru itu adalah lebih baik semua pihak berada dalam kawalan emosi yang baik. Suara Lensa menyedari akan keperitan kedua-dua belah pihak iaitu kakitangan dan pemilik Rayani Air ketika menghadapi waktu sukar ini.

Sebab itu penggantungan sementara yang diumumkan Menteri Pengangkutan itu perlu disambut baik semua pihak. Dalam masa sama gunakan ruang yang ada untuk mencari formula atau strategi baharu buat syarikat.

Sememangnya konsep Islam yang digunapakai dapat menarik minat orang ramai untuk terus menyokong Rayani Air. Namun dalam masa sama hal-hal berkaitan urustadbir yang cekap dan mantap perlu dititikberatkan.

Buat seluruh wargakerja Rayani Air, bersabarlah kerana pasti ada hikmah-Nya disebalik apa yang berlaku. Sementara kepada pihak-pihak atasan Rayani Air, gunalah tempoh yang ada ini untuk memperbaiki kelemahan sekiranya mahu terus bersaing dalam industri yang diceburi.

No comments:

Post a Comment