Thursday, April 7, 2016

SPAD terus tambahbaik perkhidmatan bas, lagi laluan diselaras semula


Sistem pengangkutan awam terutamanya bas terus ditambah baik oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semata-mata bagi memastikan keselesaan dan kepentingan para penumpang berada pada tahap tertinggi.

Usaha bersungguh-sungguh SPAD menerusi Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) dilihat berupaya memperbaiki kekurangan dalam perkhidmatan bas dalam negara.


Sedia maklum, perkhidmatan bas dewasa ini semakin mendapat sambutan yang amat baik dikalangan masyarakat baik warga tempatan mahupun pelancong luarnegara.

Sehubungan dengan itu, soal kepentingan para penumpang adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi ia (perkhidmatan pengangkutan awam) merupakan paparan imej dimata pelancong.

Mana-mana pengendali bas atau syarikat pengendali yang mengabaikan kepentingan penumpang kini pastinya tidak lagi boleh mengambil mudah berhubung perkara tersebut.


Sebab itu SPAD cukup tegas dalam usahanya menambahbaik sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan bas.

Empat laluan di Koridor Sungai Besi diselaras semula apabila pihak pengendali didapati gagal mematuhi piawaian minima sebagaimana yang telah ditetapkan. Dalam kes ini, tanpa

berselindung pengendali bas yang dimaksudkan adalah Metrobus.

Laluan-laluan yang terlibat dalam penyelarasan semula ini ialah :

Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu)
Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu)
Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil
Laluan T571 (Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi)

Sementara berikut pula merupakan perincian tentang laluan terbabit :

1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.

2. Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit.

3. Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.

4. Laluan T571 (Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 45 minit.

Disamping itu, SPAD turut mengumumkan satu laluan yang digabungkan dan satu lagi laluan yang dipanjangkan.

Penyelarasan semula ini melibatkan laluan 502 dan laluan 541.

Untuk makluman pembaca, Laluan 502 yang beroperasi dari Putrajaya Sentral – KTM Serdang akan digabungkan dengan Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) dan dinomborkan semula sebagai Laluan 501.

Laluan ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra dengan waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.

Manakala Laluan 541 (Pangsapuri Enggang – Bandar Putra Permai – KTM Serdang) pula akan dipanjangkan sehingga stesen LRT Kinrara BK5.

Laluan ini kini akan beroperasi dari stesen LRT Kinrara BK5 - Pangsapuri Enggang- Bandar Putra Permai dan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.

Kesemua laluan yang terlibat dalam penyelarasan semula ini mula dikuatkuasakan pada hari ini, 7 April 2016.

Mudah-mudahan selepas ini tidak lagi berlaku permasalahan dikalangan para penumpang. Jika ada sekalipun, pihak SPAD pastinya tidak akan berpeluk tubuh kerana kepentingan para penumpang sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Apatah lagi SPAD sentiasa memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS).

Mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas sudah tentu tidak terlepas daripada dikenakan tindakan tegas.

#TerimaKasihSPAD

No comments:

Post a Comment