Thursday, April 7, 2016

Anda pilih, #YangKlasik #YangHangat atau #YangGempak


McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Grilled Chicken Burger (GCB) merupakan tiga jenis burger antara yang paling popular di restoran McDonald's.


Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri penyediaan makanan, McDonald's Malaysia sentiasa berusaha memperkenalkan pelbagai konsep baharu bagi memikat hati para pelanggannya.

Sebenarnya, tiga jenis burger seperti yang disebut di atas mewakili kepelbagaian citarasa pelanggan ketika menjamu selera di McDonald's.


Ketika meraikan pengamal media dalam satu majlis di Damansara baru-baru ini, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar turut memberitahu bahawa penjenamaan semula tiga jenis burger tersebut juga dapat mengimbau kenangan para pelanggan bersama McDonald's.



McChicken yang diperkenalkan dengan imej #YangKlasik merupakan burger terawal yang diperkenalkan di restoran McDonald's sejak tahun 1982 - Tahun bertapaknya restoran McDonald's di Malaysia.

Pastinya banyak peristiwa manis dalam tempoh lebih 30 tahun menjadi penggemar burger McChicken. Tambahan pula ia menjadi pilihan nombor satu pelanggan apabila terpukau dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut serta adunan salad bersama mayonis.



Spicy Chicken McDeluxe pula terkenal dengan hidangan pedas yang mengundang rasa 'wow' dikalangan pelanggan McDonald's. Burger ini diperkenalkan dengan jolokan #YangHangat.

Para pengamal media yang mengenakan pakaian berwarna merah ketika menghadiri majlis Malam Penghargaan Media baru-baru ini pastinya ingin memberitahu bahawa Spicy Chicken McDeluxe adalah hidangan pilihan mereka!

Sudah tentu, rasa ayam segar yang pedas dan rangup ditambah pula dengan hirisan sayur kobis dan salad telah berjaya membuka selera penggemar #YangHangat.



Sementara #YangGempak pula merujuk kepada GCB yang kini berusia kira-kira 5 tahun dalam menu hidangan di restoran McDonald's.

Sebelum ini GCB hanya muncul di paparan skrin menu restoran McDonald's mengikut musim tertentu. Tetapi kini tidak lagi apabila ia akan menjadi hidangan tetap di restoran McDonald's!

Keunikan rasa ayam panggang bersama sos lada hitam yang pekat ditambah dengan salad segar sememangnya memberikan nikmat yang cukup mengasyikkan!


Setiap pelanggan pasti memiliki citarasa dan kenangan masing-masing bersama McDonald's. #YangKlasik #YangHangat atau #YangGempak


No comments:

Post a Comment