Thursday, April 21, 2016

#PemanduTeksi : "Aku tak goyang pun pada Uber"


Sekalipun isu berkaitan rasa tidak puas hati segelintir pemandu teksi terhadap perkhidmatan atas talian, Uber kelihatan 'sejuk' namun hasutan kebencian terhadap pihak lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih giat disebarkan.

Ini berdasarkan pemerhatian penulis sendiri dan rakan-rakan apabila menggunakan perkhidmatan teksi bagi tujuan mengumpul maklumat berkaitan tahap kualiti pemandu teksi secara rawak.


Kata-kata maki hamun dan menyalahkan orang lain menjadi tajuk perbualan sepanjang menaiki beberapa buah teksi di sekitar ibukota. Kononnya dengan berbuat demikian, mereka mendapat simpati orang ramai. Menyalahkan pihak lain dan menyebelahi pemandu teksi yang dikatakan 'dizalimi'.

Namun tidak semua pemandu teksi yang berfikiran kolot sedemikian. Masih ada pemandu teksi yang waras dan yakin pada sumber rezeki yang ditentukan Allah S.W.T (penganut Islam) dan mengikut kepercayaan masing-masing bagi bukan Islam.

SPAD sebagai platform suara industri teksi, bukannya demonstrasi jalanraya

Para pembaca mungkin terdedah dengan komentar-komentar negatif di media sosial. Tetapi disebalik itu, masih wujud komentar-komentar yang bersifat positif.

Antaranya pemilik akaun Facebook bernama Adam Azrye secara tegas menyatakan perasaan tidak gentarnya dengan kewujudan perkhidmatan Uber yang didakwa kononnya menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas teruk.

"Aku 'driver' teksi... Aku tak pernah goyang ada Uber atau Grab. Sebab aku keluar rumah, aku bekerja. Jadi aku tak melepak buang masa. Orang tahan, aku ambil je... Pergi mana, aku pergi je asalkan ada gaji."


Jadi, sahlah masih wujud pemandu teksi yang berfikiran waras seperti Adam. Beliau juga bergelar pemandu teksi tetapi apa yang membezakan dirinya dengan segelintir pemandu teksi yang mogok di Bukit Bintang tempoh hari adalah sikap masing-masing, rajin atau malas....

Suara Lensa sebelum ini ada juga menyiarkan kisah seorang pemandu teksi warga emas yang begitu seronok bekerja sebagai pemandu teksi tanpa perlu mengharapkan belas ihsan orang lain. KLIK DI SINI

Malah, seorang pemandu teksi yang berfikir di luar kotak dengan memberikan perkhidmatan ala-ala menaiki pesawat penerbangan juga dipuji netizen. KLIK DI SINI

Sebenarnya isu membabitkan pemandu teksi ini jika kita teliti dengan baik, pastinya ia terpalit kepada pemandu teksi itu sendiri. Ini adalah kerana, tuduhan yang dilemparkan kepada lain-lain perkhidmatan seperti Uber bukanlah penyebab utama kepada kemerosotan pendapatan yang dialami segelintir daripada mereka. Soal pokok yang harus dititikberatkan adalah soal kerajinan seseorang pemandu teksi itu menjalankan rutin harian mereka.

Berapa banyak masa dibazirkan dengan aktiviti melepak bermain daun terup, dam haji dan seumpamanya? Bagaimana pula tahap kualiti yang diberikan kepada pelanggan mereka?

Malah tuduhan yang mengatakan pihak berkuasa termasuk SPAD 'tidur' atau tidak menjalankan tugas merupakan tuduhan 'membabi buta' tanpa usul periksa. Suara Lensa juga sebelum ini pernah mengeluarkan artikel mengenai angka tangkapan yang dibuat SPAD semasa operasi membanteras kereta sapu haram termasuk membabitkan perkhidmatan Uber. KLIK DI SINI

SPAD ketika menjalankan operasi membasmi teksi yang gagal menggunakan meter dan aktiviti kereta sapu tanpa lesen.

Pemandu teksi ini juga perlu sedar bahawa ketika ini SPAD hanya berkuasa mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang tertakluk pada kesalahan-kesalahan tertentu. Bukannya semua perkara berada dibawah kuasa SPAD. Ini ramai yang mungkin keliru. SPAD sebenarnya sedaya upaya membangunkan industri pengangkutan awam dalam negara dengan pelbagai usaha dipergiatkan. KLIK DI SINI

Oleh yang demikian, Suara Lensa dan para pengguna perkhidmatan awam yang lain termasuk penumpang teksi pastinya mengharapkan industri teksi dapat dipulihkan sepenuhnya.

Keperibadian dan sikap pemandu teksi itu sendiri perlu diperbaiki sekiranya mahu terus kekal relevan di mata masyarakat dan pelancong asing.

1 comment:

  1. Penulis x de pengalaman bawa teksi jadi x layak berkata yg uber dan grabcar x jejaskan pendapatan teksi...bukan semua pemandu teksi tak berdisiplin..bukan tugas pemandu teksi utk disiplin kan pemandu yg lain..itu tugas penguatkuasa...jadi jalankan tugas...

    ReplyDelete