Thursday, April 21, 2016

"Guan Eng, jangan kata menteri takut pada kamu"


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diingatkan supaya jangan beranggapan bahawa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berasa takut untuk berdebat dengannya.


Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong turut mengingatkan Guan Eng agar tidak bermegah diri dengan merasakan dirinya sudah 'menang'.

"Bila debat tidak jadi, jangan pula kata menteri takut. Jangan anggap ia sebagai satu kemenangan."


Demikian ujar Ka Siong semasa mengulas tentang pengajuran debat Rahman - Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3.

Seperti sedia maklum, debat antara Guan Eng dengan Rahman Dahlan dalam isu pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis terpaksa ditangguhkan atas saranan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bahkan stesyen TV3 menerusi kenyataan medianya sebelum ini sudahpun menjelaskan tentang penangguhan debat tersebut adalah kerana menghormati saranan dua badan penguatkuasa.

Dalam masa sama ia (debat) akan ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

PDRM dan SPRM menyifatkan penganjuran debat berkenaan mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan banglo milik Guan Eng di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment