AdSense

Thursday, March 31, 2016

Nasihat Azalina buat Nurul Izzah


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Azalina Othman Said menasihati anak perempuan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai supaya berhati-hati dalam membuat komen berkaitan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Dewan Rakyat.


Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang (BN) turut menegaskan bahasa usul untuk membawa YB Lembah Pantai ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah daripada pihak Kerajaan dan bukannya dibawa oleh beliau (Azalina) secara peribadi.

"Tambahan pula usul itu telah dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015. Adalah lebih baik beliau (YB Lembah Pantai) menggunakan peluang ini untuk membuat penjelasan daripada mempolitikkan isu tersebut." kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Azalina bagaimanapun tidak berminat untuk bercakap secara berlebihan berikutan terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85.

"Oleh itu saya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap apa-apa perkara yang masih dalam pertimbangan jawatankuasa.

Sebagai seorang yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa, YB Lembah Pantai juga terikat dengan Peraturan Mesyuarat berkenaan. Saya berharap beliau sedar tentang tugas dan tanggungjawab beliau apabila dipanggil ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan."

No comments:

Post a Comment