AdSense

Saturday, March 5, 2016

MCA seru rakyat bersama Perdana Menteri #RespectMyPM


Agak pelik suasana politik hari ini, di kacamata generasi Y. Namun bagi generasi '1998' dan para veteran, aktiviti pelacuran politik sepertimana yang berlaku hari ini sebenarnya tidak mustahil berlaku. Dan ia telahpun berlaku hari ini.

Jika tarikh 8 Mac dikenang bagi memperingati kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 4 Mac pula bakal diingati sebagai tarikh hilangnya maruah beberapa tokoh politik UMNO yang pernah disanjungi.


Dalam keadaan sekarang, parti UMNO dan parti-parti komponen yang lain sewajarnya fokus memberi khidmat kepada rakyat dan saling bersatu-padu. Bukannya terperangkap dengan nafsu dalam usaha mencapai kepentingan peribadi. Dengan memberi fokus terhadap kerja untuk rakyat, menjadikan agenda sebenar kerajaan dalam membangunkan negara serta membela rakyat tidak tersasar.

Parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional iaitu MCA menegaskan bahawa permainan politik sebegini seharusnya dihentikan. Rakyat pastinya bertambah muak dengan kritikan-kritikan tidak berasas serta kegiatan mengejar kepentingan peribadi sepertimana yang berlaku dewasa ini.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan turut berkata, ahli-ahli dikalangan parti komponen sepatutnya bersatu-padu dalam berdepan pelbagai cabaran dan bersama-sama kerajaan yang kuat dibawah kepimpinan Perdana Menteri.

"MCA berpendirian tegas bahawa kami tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kita sememangnya berada pada landasan yang betul ke arah mentransformasikan negara.

"Saya hendak mengingatkan bahawa kestabilan politik ini begitu penting kerana ia merupakan asas kepada pembangunan ekonomi, sosial dan lain-lain."

No comments:

Post a Comment