AdSense

Thursday, March 10, 2016

Mahathir keluar UMNO dan bersetubuh dengan musuh politik sudah diramal, timbul 4 persoalan...


Masih lagi bercakap tentang 'persetubuhan' bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Penasihat DAP Lim Kit Siang. Dua pemimpin politik veteran yang sering 'berparang' suatu ketika dahulu...


Tujuan persetubuhan ini digelar sebagai 'Deklarasi Rakyat' untuk 'Selamatkan Malaysia'. Namun disifatkan sebagai 'Deklarasi Mahathir' untuk meraih cita-cita peribadi dengan menggantikan Perdana Menteri sekarang Datuk Sri Najib Tun Razak kepada anaknya, Mukhriz. Ini sebenarnya pandangan pemerhati-pemerhati politik termasuk ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sedia maklum, persetubuhan tersebut bukan sahaja melibatkan dua pemimpin politik veteran Mahathir - Kit Siang. Tetapi juga melibatkan beberapa pemimpin politik yang memiliki ideologi berbeza dikalangan mereka yang kecewa dalam UMNO, PKR, DAP dan PAS (PAN).

Sebenarnya, persetubuhan dalam politik sedemikian bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ianya sudah dapat diramal dari awal lagi. Melihat kepada pemberontakan dikalangan kumpulan yang kecewa ini seolah-olah  tidak mampu lagi mengawal emosi dan nafsu.

Bagi orang lama dalam politik seperti Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA menyifatkan tindakan Mahathir tersebut bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.


Baginya, segala kelakuan Mahathir sejak akhir-akhir ini menggambarkan apa yang berlaku hari ini.

"Sebelum ini pun beliau tidak setuju dengan Pak Lah (perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga mengutuknya dan keluar parti. Kali ini dengan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula. Saya tidak terperanjat.

"Apa sekalipun, kita kena hormati keputusannya. Kita kena lihat perkara ini dari sudut bagaimana Barisan Nasional (BN) perlu menghadapi apa-apa impak selepas ini dan terus bergerak ke hadapan demi pembangunan dan agenda rakyat."

Demikian kenyataan Ka Siong berhubung isu-isu politik yang dirangka Mahathir.

MCA sebenarnya juga pernah mengalami pengalaman sama apabila berlaku perselisihan politik dalaman parti. Namun semangat bersatu padu dan menghakis politik perpecahan telah berjaya menjadikan parti kedua terbesar dalam BN ini kekal relevan.


Agenda Mahathir yang sanggup menjilat semula ludahnya dalam usia lanjut itu mengundang beberapa persoalan. Antaranya :

1.  Apa motif sebenar sehingga sanggup bekerjasama dengan pemimpin dari parti lawan. Bagaimana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sesama mereka sebelum ini seperti 'Mahathir Maha Zalim', 'Firaun'; 'Kit Siang Bapa Rasis', 'Dalang 13 Mei'; 'Mat Sabu Pejuang Komunis' dan lain-lain - Apakah tuduhan sedemikian ditarikbalik dan masing-masing dianggap suci?

2. Kenapa bangkitkan isu-isu kitar semula seperti 1MDB, dana parti 2.6bilion. Apakah Mahathir dan kuncu-kuncunya hendak menafikan jawapan-jawapan yang dinyatakan secara rasmi daripada pihak Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan lain-lain agensi?

3. Adakah Mahathir dan kuncu-kuncu berasa iri hati dengan hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi yang semakin kukuh sekaligus menafikan sokongan negara Arab kepada kerajaan pemerintah di Malaysia?

4. Jika benar anak Mahathir iaitu Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia, adakah Mahathir akan menggulingkannya seperti yang dilakukan terhadap Pak Lah dan Najib?

Empat (4) persoalan sahaja bermain diminda masyarakat. Feng Shui masyarakat Cina percaya bahawa no 4 membawa maksud 'mati'.

Jika gagal menjawab persoalan ini bersama jawapan relevan, maka 'mati' lah juga 'sanjungan' masyarakat dunia kepada pemerintah 22 tahun, Mahathir Mohamad.

1 comment:

  1. soalan yg keempat tu paling best dan patut di tambah satu lg soalan ke 5. sempatkah madey utk melihat semua itu atau madey akan hidup utk seribu thn lg?

    ReplyDelete