AdSense

Wednesday, January 13, 2016

Diskaun untuk pelajar yang guna pengangkutan awam!


Artikel ini dituju khas buat pelajar yang guna pengangkutan awam.

Buat pelajar-pelajar samada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej mahupun Universiti, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid Rail / Bas dan KTM



Bagi perkhidmatan Rapid Rail / Bas, anda boleh perolehi kad diskaun dengan membuat permohonan di Stesen LRT Pasar Seni.

Apa dokumen yang diperlukan?
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pelajar
3. Surat Pengesahan daripada Universiti / Kolej

Anda kemudian perlu mengisi borang yang disediakan sebelum ke sesi bergambar untuk kegunaan kad tersebut.

Kad dijangka siap dalam masa satu minggu. Untuk makluman, LRT Pasar Seni akan mula beroperasi pada hari bekerja termasuk hari Sabtu sehingga jam 4.00 petang. Sementara operasi ditutup  pada cuti umum.

Sebanyak RM10 dikenakan untuk caj pemprosesan kad tersebut sebelum anda dapat menikmati diskaun 50% bagi perkhidmatan yang digunakan termasuklah LRT, bas dan monorel!


Manakala untuk KTM pula, para pemohon boleh membuatkan permohonan di KL Sentral (kaunter 8 dan 9 KTM Antarabandar) seawal jam 8.30 pagi.

Apa dokumen yang diperlukan?
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pelajar
3. Surat Pengesahan daripada Universiti / Kolej (pemohon juga boleh memuat turun daripada laman sesawang KTMB)

Terdapat juga borang untuk diisi dan kad dijangka siap dalam masa 10 hingga 30 minit.

Sebanyak RM31.80 (termasuk GST) dikenakan untuk yuran tahunan. Bagaimanapun KTMB ketika ini sedang menjalankan promosi dengan mengenakan bayaran RM15.90 sahaja untuk yuran tahunan. Promosi selama sebulan itu bermula pada 4 Januari 2016 dan berakhir 4 Februari 2016 depan.

Para pelajar yang memegang kad ini akan menikmati diskaun sebanyak 50% untuk perkhidmatan komuter dan 40% untuk ETS.

Anda diingatkan supaya datang lebih awal kerana pihak pendaftaran hanya menghadkan pemprosesan kad sebanyak 200 unit sahaja sehari.

- SELAMAT MENIKMATI DISKAUN -

No comments:

Post a Comment