AdSense

Wednesday, January 13, 2016

Apa masalahnya kalau Najib nak saman penfitnah demi pertahan maruah?


Berhubung fitnah berkaitan dana untuk parti UMNO berjumlah RM2.6 bilion...

Dah mula takut lah tu... Maka macam-macam la kata. Sebelum ni bila Najib diam je, puak-puak sebelah sana makin naik tocang.


Bila Najib hendak teruskan kes saman terhadap segala macam fitnah terhadap beliau maka dikata pula Najib tak amal prinsip demokrasi lah, ketepikan hak kebebasan bersuara lah, itulah inilah....

Perlu diingat bahawa Najib bukan sahaja Perdana Menteri Malaysia tetapi beliau juga merupakan Menteri Kewangan, Ahli Parlimen dan pemimpin masyarakat. Maka sedikit sebanyak segala fitnah yang dilempar kepadanya memberi kesan kepada beliau bukan saja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

Pandangan buruk terpalit ke atas Perdana Menteri dek kerana fitnah yang dilemparkan.

Suka-suka saja fitnah orang, MANA BOLEH! NEGARA ADA UNDANG-UNDANG MAA....

Najib dalam jawapan kepada penyataan pembelaan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik dalam saman fitnah beliau yang difailkan semalam berkata, tiada peruntukan undang-undang yang melucutkan haknya untuk menfailkan saman fitnah terhadap Dr Ling.

Sekarang ni tunggu keputusan Najib je lagi sama ada mahu meneruskan kes saman tersebut ataupun menerusi proses pengantara sebagaimana yang dicadangkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara.

No comments:

Post a Comment